Saga yang tak pernah mengecewakan aku dan membosankan aku. wayang, DVD, TV..semua aku nak layan.
aku memang suka filem2 macam ni. guna pedang barulah hero sebenar. ni
semua salah satu hasutan adik aku jugak. dialah penyebabnya. buku novel
dia beli..aku tak mampu nak baca. satu nak baca sambil otak kena
translate ke BM, satu lagi tebalnya....bilalah nak habis2 kan.
The Fellowship of The Ring - aku suka melihat hubungan cinta Aragorn & Arwen. bagaimana Frodo di kampung halamannya dan kawan2 Hobbit yang setia. rumah2 mereka unik. hehehe Gandalf masuk rumah mesti kena tunduk2.
dalam The Two Towers, aku sakit hati betul tengok Raja Theoden. bodoh nak mampus. sekali lagi Aragorn menggegarkan jiwa wanita anak dara raja Rohan bodoh tu. tapi jangan tak tau dia dah kena sihir mestilah biul2...dah kena sihir dek Saruman geng Sauron.
kesetiaan dan persahabatan yang ditunjukkan oleh Sam kawan kepada Frodo amat menyukakan hati. betapa dia tahu payahnya tugas Frodo meembawa cincin ke Mordor untuk dimusnahkan.
The Return of The King betul2 mengejutkan aku bahawa rupa2nya Aragorn la orangnya.
Saga ini sedang ditayangkan di TV2 untuk 3 minggu berturut2. sekarang The Two Towers. layan...
ye, aku pun tengah layan movie pra maraton ni di TV2
BalasPadam