Jumaat, 11 April 2014

Catuan Air Selangor Sehingga Julai 2014?

Baca berita rasa macam kecewa sikit.

Namun mengikut laporan berita lagi Tan Sri Khalid akan umumkan plan nya 2 minggu lagi.

Setakat ni 2 hari ada 2 hari takde air masih boleh bertahan kat rumah Puchong ni. Tangki besar dan kami ada tong air besar 2. Tong kecil 2.

Balik Ampang karang tak tahulah.. semua kecil...

Banyaklah plan tertangguh dek masalah air yang meruncing ni.

Kalau sampai Julai masalah air ni, yang dah masuk Ramadhan tu, peniaga makanan dan minuman tentu rasa azab sikit..

Khamis, 10 April 2014

Goodie Bag From HIAZ

Dah lama dapat baru nak belek.

Beg diterima semasa daftar keluar dari HIAZ 7 Mac lepas.

Apa ada dalam beg?


Dalam beg Anmum ni dah tentu ada susu formula Anmum untuk infant.
Diapers jenama Pet Pet dan Huggies.
Travel pack Pureen.
Sabun Dettol & pencuci antiseptik.
Travel pack Johnson & Johnson.
Kupon diskaun Ayamas? Apa..?

Baru guna susu je. Yang lain belum. Beg ni besar dan barang agak banyakla. Terims kasih HIAZ.

Rabu, 9 April 2014

Turun 11kg

Ah bestnya turun sehingga 11kg selepas mengandung dan melahirkan anak. Last check berat sebelum bersalin ialah 77kg gitu. Oh selepas bersalin dan menyusukan anak turunla 66kg sekarang ni.

If ikut ideal dengan ketinggian patut 57kg je. Which is itu berat 7 tahun lepas kot.

Kalau dah dapat sarung balik baju kebaya pun kira dah ok. Harap la sangat kan. Jeans pun belum tentu boleh sarung wei. Harapan nak pakai size 29 tu hahaha.

Ok sila kembali ke alam nyata. Tapi apa pun memang harap turun lagi. Kalau tak haru la nak pakai baju mengandung pergi ofis...hahaha. baju kerja aku last memang dah saiz L je. Seluar pun XL. Ke XXL? Bergantung pada jenama gak..

Selasa, 8 April 2014

Mandi Dah

Memang takde pengalaman berapa hari darah nifas akan keluar. So dok tanya kawan yang bersalin belah. Katanya tunggu sampai betul2 habis 45 hari. Oh itu dia. Mungkin aku tidak.

Haid aku pun biasanya 5-6 hari je. Paling luarbiasa 8 hari. 7 hari tu kadang2.

Jadi hari ni aku dah mandi nifas. Yakinla dah tiada. Suci rasa bila dah mandi hadas. Solat pun takdelah sakit2 walhal dah lama tak buat. Sebulan 5 hari. Tak ke lama....

Parut kesan pembedahan pun dah beransur baik. Dalam badan rasa sakit tu dah takde. Kadang rasa ngilu sikit. Rasanya cukup 44 hari aku pergi makan aiskrim kot. Hahaha.

Walaupun belum 40 hari tapi aku dah makan biskut arab. Makan rotu kacang merah. Makan tandoori. Makan roti prata. Aku dah jemu makan nasi. Semalam makan nasi pun tak lalu. Masak se pot je. Akhirnya Zcat balik makan semua makanan yang aku masak.

Hari ni budak kecil ni meragam sikit. Tapi bila didokong diriba disusukan..cakap2 sikit di ok. Bila dah tidur barulah dapat mandi. Dah jam 12 tengahari baru dapat mandi.

Macam manalah nanti bulan depan ya. Tengah mencari pengasuh anak ni. Yang boleh jaga bayi kecilku. Siapa ada kenal makcik yang boleh jaga baby tolong bagitahu ya. Area Ampang.  Bulan depan aku balik rumah sana semula.

Isnin, 7 April 2014

Masak-Masak

Hari yang ke 34. Dan aku baru masak balik. Untuk diri sendiri je. Ringkas je pun. Nak masak lebih2 memang tak pandai. Asal kenyang dan boleh makan. Asal ada tenaga nak layan Aqlan.

Baiknya anak ni tidur je sepanjang pagi hingga tengahari.  Kejap2 je bangun untuk menyusu.  Lepas tu tidur balik.

Mudahnya. Macam faham2 je mama dia nak kena masak. Prepare barang nak masak. Nak makan. Nak basuh pinggan.

Kurang ragamnya. Harap berkekalan la.

Ahad, 6 April 2014

Mandikan Anak

First time mandikan Aqlan. Bangun jam 8 pagi.  Tengok dia pun macam ada unsur nak bangun baik aku prepare everything.

Mula2 masak air. Kemudian besen dan tempat duduk untuk mandikan Aqlan letak atas toilet. Aku kena duduk atas bangku sebab aku mana boleh duduk mencangkung atas lantai. Lepas tu sediakan tempat untuk salin baju dan sediakan pakaian bersih.

Pasal sebelum ni Aqlan mandi dalam besen kecil yang dibeli di Daiso je. Lepas tu dia dah pandai melonjak jadi Zcat belikan besen dan tempat duduk mandinya. Dah dudukkan dia pun dia melorot ke bawah sebab dia belum cukup kuat kan. Sudahnya aku kena pegang juga Aqlan ni. Kang terlepas naya je.

Eh senang juga nak mandikan dia dah tak banyak karenah. Sebab dah sebulan kot. Aqlan pun banyak perubahan dah. Comel je lepas mandi senyum.

Lega.

Sabtu, 5 April 2014

Balik Dah Opahnya

Pagi2 Aqlan kena bangun sebab mama nak mandikan dia sebelum balik ke Ipoh naik keretapi. Apa lagi jam 8 dah kena prepare lah budak kecik ni.

Semuanya berlalu dengan cepat. 2 minggu mama jaga aku dan Aqlan. Masakkan air daun2, makanan dan cucikan baju Aqlan. Cuci tangan pula tu. Dah la kami ni kena catuan air. 2 hari ada 2 hari takde. Aku bab air takde ni memang agak susah sikit jadinya. Alhamdulillah lah tangki besar dan ada buat simpanan dalam tong air.

Bila nak diberi wang sebab tolong jaga aku, mama menolak kata Zcat. Sebab aku pass duit tu ke Zcat. Time tu aku tengah menyusukan Aqlan kat bilik jadi tak dapat hantar mama ke pintu depan.

Jadi hari ni pandai2la menjaga anak ni. Mak aku pun tak dapat datang dah. So sediakan diri untuk hari2 mendatang. Nak kena mandikan dia, dan memasak untuk diri sendiri. Setakat masak ikan, nasi dan goreng sayur sawi tu ok je kot. Cuma harapnya time tu Aqlan tidur nyenyakla.. begitu jugalah time aku perlu ke tandas. Ya Allah permudahkanlah.

Jumaat, 4 April 2014

Some Stupid Things

some stupid things can happen. and you hate it. you hate it because its happen to you. not to everyone else. you get mad because its happen in your limit time, or in emergency needs.

today i experienced it again.

i try to make money transfer cause it is most cheap method right now. you don't have to queue, you don' t have to write down a cheque. you even don't need to meet the seller!! social life at your fingertips!

unsuccessful transfer mean you have to wait another time to make it again. retype again. which is i hate that job. i hate using my keyboard. is not auto correct like smartphone. but bank already deduct the fees. how about the money? did they deduct too? i don't want to transfer the money again until bank confirmed not deducting my money.

so many negative words today. as earlier before noon i received some unlike news. i hate it. again another negative word!  

Khamis, 3 April 2014

Check Up Setelah Sebulan

Aqlan dan aku sudah sebulan! memang lahir 5 Mac tapi kira hari 3 April bersamaan 30 hari dari tarikh dia dilahirkan.

nak pergi cucuk jam 10 pagi di hospital Az-Zahrah, jadi jam 8 pagi dah kena bangun. Mama masih mandikan dia, aku masih belum bersedia. lepas tu aku susukan dia dan aku punya turn pula mandi. Masih lagi mandi air daun2.

jam 9:20am baru keluar rumah. macam2 angkut dalam beg oren besar. ada lampin, baju, diapers, susu, botol susu, kad klinik, purse, handphone...hahah..nak ketawa. tapi itulah perubahan dalam hidup ni.

sampai hospital aku pun pergi sorong Aqlan sorang2. sebab Zcat nak kena cari parking. ye mana2 hospital pun parking adalah masalah besar. aku daftar untuk diri aku dulu. follow up tekanan darah tinggi. dah turun 123/92. oh atas tong. kena control la makan.

tapi sebelum nama aku naik aku pergi daftar Aqlan di bahagian pakar kanak2. masa daftar tak bawa GL. ingatkan boleh share dengan GL aku jumpa doktor pakar. takpelah, bayar je dulu sebab boleh claim dengan ofis Zcat. sekejap je tunggu dah kena panggil. yang kelakarnya kami dua orang blur sekejap masa nama dia dipanggil. haha.

masuk bilik doktor Nik Ros, Aqlan kena timbang dulu. dah 3.55kg. panjang dah 54cm. ukur lilit kepala aku tak ingat. masa nak kena cucuk, aku lak yang menitis air mata, haha..memangla lepas tu Aqlan meriau kuat. kena cucuk kat paha kanan.

selepas tu dia nak menyusu pula, ada bilik disediakan. nasibla aku bukan ada ponco. shawl adalah. 2 kali jugak aku kena masuk. sebab Aqlan asyik menangis. tidur terganggu.

masuk bilik pakar kali ni Dr. Mashitah sebab Dr. Noraini EL. takpelah. dah sampai takkan nak reschedule. selepas ambil tekanan darah, scan perut tengok rahim yang kosong. oh masih ada ruang. belum kecut.

Dr. pun beritahu kami pasal perancangan anak. disebabkan cesarean tak bolehla mengandung terus. jadi adala cara2 nak kontrol. kami dengar je. agak malas sikit nak dengar sebab Aqlan dah start merengek.

jadi cepat2 pergi farmasi. dan kos kena dalam RM83.20 termasuk konsultan RM40. masa tu Aqlan menangis dah. cepatla pergi kereta nak menyusukan dia. masuk kereta..terus...

kami ke klinik kesihatan Putrajaya pula. nak ambil ubat mama di farmasi. kemudian ke Restoran Saba Cyberjaya untuk tapau nasi beriani. Jam 2:30 petang baru sampai rumah. penatnya. lepas makan aku tidur. Aqlan mama jaga bagi susu formula jelah. dah tak tahan baru mama datang kejut aku bagi Aqlan. dia ni memang selagi tak minum susu badan dia merengek lagi. huhu.

Rabu, 2 April 2014

Marah Pun Tak Guna

Ikut hawa nafsu syaitan memang aku seorang pemarah. Ikut jiwa muda memang aku cepat naik angin. Ikut nafsu memang perasan diri tu je betul.

Jadi muhasabahkan diri. Sebelum nak marah fikir panjang2. Paling tinggi pun luahkan pada suami. Paling sedih nangis sendiri.

Ada banyak hati perlu dijaga. Hati sendiri pun tentulah. Sebab itu untuk elak sendiri dianggap perengus baik jadi orang bersabar. Ikhlaskan hatim belajarbelajar memahami. Cuba padankan hidup tu dengan orang yang lebih susah. Lebih kurang rezekinya. Cuba letakkan diri kat situ. Tentu bersyukur dengan apa yang ada.

Selasa, 1 April 2014

Kenapa Aku Memilih Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), Bandar Baru Bangi

Sejak anak dara aku berdoa sekiranya aku hendak melahirkan anak aku mahu diperiksa oleh doktor perempuan. Segala urusan berhubungnya juga. Aku tidak mahu seorang lelaki pun melihat auratku sewaktu aku menjalani pemeriksaan atau ketika melahirkan.

Maka doa aku dikabulkan.

Ketika mula2 ďikesan bahawa aku telah mengandung aku beritahu Zcat bahawa aku mahu ke hospital Islam. Setelah diperiksa dengan HR ofisnya, perbelanjaan untuk rawatan atau pemeriksaan ditanggung sehingga jumlah tertentu. Dan Hospital panel termasuklah HIAZ ni.

Jadi ketika mula2 membuka kad merah aku telah memberitahu nurse aku hanya mahu doktor wanita.

PILIHAN DOKTOR

Ada 3 orang doktor pakar. Menurut pengalaman sahabat baikku Fairuz, aku juga memulih gynea yang sama iaitu Doktor Noraini Nor. Maka bermulalah episod mengimbas anak dalam kandungan, sehinggalah pemeriksaan bukaan pintu rahim yang dah tentunya perlu dilakukan. Jadi aku bersyukur. Malah Zcat sentiasa dalam bilik yang sama menemani aku dibalik tabir yang dipasang.

JURURAWAT BERTUGAS

Semua rawatan dilayan dengan mesra oleh jururawat wanita yang bertugas. Mereka ada shift setiap 8 jam jadi aku tak ingat berapa ramai yang telah servis aku.

FASILITI KEMASUKAN WAD

Setelah ditahan di wad, mereka menghantar set toiletries di dalam beg kecil. Ada sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi, tuala kecil dan bedak. Juga diberi pakai baju wad berwarna pink. Disediakan selipar wad yang baru dan hamper buah lai 4 biji, juga sekotak tisu.

Bilik wad aku bernama Jebat. Bilik untuk seorang pesakit. Jadi suami atau ahli keluarga boleh menunggu. Ada 1 kerusi panjang boleh guna untuk tidur. Satu kerusi plastik boleh guna untuk solat sekiranya tak berdaya solat secara biasa. Juga 1 kerusi sofa yang memang best. Telekong dan sejadah juga tersedia.

Disebabkan kami mendaftar masuk pada jam 12 malam, maka aku hanya didaftarkan pada keesokan paginya. Zcat hanya menghantar guarantee letter yang disediakan pihak majikan.
Setiap kali masuk bilik mereka akan memberi salam. Sekiranya sedang makan atau solat mereka akan pergi dan datang kemudian. Ada butang boleh ditekan untuk memanggil mereka pada bila2 masa sahaja apabila khidmat diperlukan.

Mereka juga tidak menunjukkan sebarang riak benci atau tidak suka dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Bayangkan ya aku sungguh sangat2 malu bila terpaksa dimasukkan ubat melalui jalan depan dan belakang. Bila dah melahirkan anak, dan disebabkan aku tidak dapat bergerak..ada botol drip dan kantung urine yang melekat 24 jam kat badan ni aku pun terasa diri seperti orang kurang upaya sepenuhnya. Mereka datang menukarkan pad dan memandikan aku! Bukan setakat tukar saja ya, siap dicuci bersih. Malunya Allah je yang tahu.

Hari2 di wad akan datang 2 orang petugas admin  membacakan doa untuk mengelakkan aku dan anak dari diganggu syaitan. Malah kurma untuk tahnik anak juga diberi.

NURSERI BAYI

Bila anak telah dilahirkan, anak tu dibersihkan dan disusukan mereka. Aku pasti la tak dapat memberi susu badan. Aku juga tertanya tak ada pula yang datang minta pakaian bayi sebab aku ada bawa se beg barang keperluannya. Jadi aku anggap hospital menyediakan semuanya.

Tengahari kemudian bayi sampai di tepi katil.  Muka sembab je. 0 day katanya. Suci je mukanya, tidur je. Kemudian bila menangis terpaksa panggil nurse untuk susukan. Aku terbaring tak bergerak. Dah macam OKU rasanya. Tak dapat dukung anak. Tak mampu.

Begitulah sehingga hari terakhir di HIAZ. Kejap diorang hantar kejap diorang ambik balik. Hari terakhir baru kami ke tingkat 3 untuk daftar keluar anak kami. Aku disorong menaiki kerusi roda untuk ke sana. Malah sehingga menaiki kereta. Begitu sekali mereka menjaga pesakit.

KOS

Disebabkan aku menjalani ceaserean, maka kos keseluruhan ialah RM8300. Tak tahulah ada sen ke tak sebab itu jumlah bil yang Zcat kena bayar. Kos termasuk 3 hari caj wad, 4 orang doktor dan kos2 lain termasuk pembedahan. Padahal difikirkan aku masuk wad jam 12 malam hari Selasa dan keluar jam 4 petang hari Jumaat.

KESELURUHAN

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan layanan pihak HIAZ.  Ada borang kajiselidik yang kami jawab. Zcat puas hati sebab semasa dalam bilik pembedahan semua petugas ialah perempuan. Dan dia juga dibenarkan untuk melihat anak kami dikeluarkan dari rahimku. Yap masih teringat peristiwa itu.

Next anak boleh lagi pergi sini. Tapi 2 or 3 tahun kemudianla. Sebab kepenatan tu masih belum hilang. Berulang dari Ampang paling penat.  Haha kelam kabut je pagi2 hari temujanji nak jumpa Dr. Noraini.