Selasa, 1 April 2014

Kenapa Aku Memilih Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), Bandar Baru Bangi

Sejak anak dara aku berdoa sekiranya aku hendak melahirkan anak aku mahu diperiksa oleh doktor perempuan. Segala urusan berhubungnya juga. Aku tidak mahu seorang lelaki pun melihat auratku sewaktu aku menjalani pemeriksaan atau ketika melahirkan.

Maka doa aku dikabulkan.

Ketika mula2 ďikesan bahawa aku telah mengandung aku beritahu Zcat bahawa aku mahu ke hospital Islam. Setelah diperiksa dengan HR ofisnya, perbelanjaan untuk rawatan atau pemeriksaan ditanggung sehingga jumlah tertentu. Dan Hospital panel termasuklah HIAZ ni.

Jadi ketika mula2 membuka kad merah aku telah memberitahu nurse aku hanya mahu doktor wanita.

PILIHAN DOKTOR

Ada 3 orang doktor pakar. Menurut pengalaman sahabat baikku Fairuz, aku juga memulih gynea yang sama iaitu Doktor Noraini Nor. Maka bermulalah episod mengimbas anak dalam kandungan, sehinggalah pemeriksaan bukaan pintu rahim yang dah tentunya perlu dilakukan. Jadi aku bersyukur. Malah Zcat sentiasa dalam bilik yang sama menemani aku dibalik tabir yang dipasang.

JURURAWAT BERTUGAS

Semua rawatan dilayan dengan mesra oleh jururawat wanita yang bertugas. Mereka ada shift setiap 8 jam jadi aku tak ingat berapa ramai yang telah servis aku.

FASILITI KEMASUKAN WAD

Setelah ditahan di wad, mereka menghantar set toiletries di dalam beg kecil. Ada sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi, tuala kecil dan bedak. Juga diberi pakai baju wad berwarna pink. Disediakan selipar wad yang baru dan hamper buah lai 4 biji, juga sekotak tisu.

Bilik wad aku bernama Jebat. Bilik untuk seorang pesakit. Jadi suami atau ahli keluarga boleh menunggu. Ada 1 kerusi panjang boleh guna untuk tidur. Satu kerusi plastik boleh guna untuk solat sekiranya tak berdaya solat secara biasa. Juga 1 kerusi sofa yang memang best. Telekong dan sejadah juga tersedia.

Disebabkan kami mendaftar masuk pada jam 12 malam, maka aku hanya didaftarkan pada keesokan paginya. Zcat hanya menghantar guarantee letter yang disediakan pihak majikan.
Setiap kali masuk bilik mereka akan memberi salam. Sekiranya sedang makan atau solat mereka akan pergi dan datang kemudian. Ada butang boleh ditekan untuk memanggil mereka pada bila2 masa sahaja apabila khidmat diperlukan.

Mereka juga tidak menunjukkan sebarang riak benci atau tidak suka dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Bayangkan ya aku sungguh sangat2 malu bila terpaksa dimasukkan ubat melalui jalan depan dan belakang. Bila dah melahirkan anak, dan disebabkan aku tidak dapat bergerak..ada botol drip dan kantung urine yang melekat 24 jam kat badan ni aku pun terasa diri seperti orang kurang upaya sepenuhnya. Mereka datang menukarkan pad dan memandikan aku! Bukan setakat tukar saja ya, siap dicuci bersih. Malunya Allah je yang tahu.

Hari2 di wad akan datang 2 orang petugas admin  membacakan doa untuk mengelakkan aku dan anak dari diganggu syaitan. Malah kurma untuk tahnik anak juga diberi.

NURSERI BAYI

Bila anak telah dilahirkan, anak tu dibersihkan dan disusukan mereka. Aku pasti la tak dapat memberi susu badan. Aku juga tertanya tak ada pula yang datang minta pakaian bayi sebab aku ada bawa se beg barang keperluannya. Jadi aku anggap hospital menyediakan semuanya.

Tengahari kemudian bayi sampai di tepi katil.  Muka sembab je. 0 day katanya. Suci je mukanya, tidur je. Kemudian bila menangis terpaksa panggil nurse untuk susukan. Aku terbaring tak bergerak. Dah macam OKU rasanya. Tak dapat dukung anak. Tak mampu.

Begitulah sehingga hari terakhir di HIAZ. Kejap diorang hantar kejap diorang ambik balik. Hari terakhir baru kami ke tingkat 3 untuk daftar keluar anak kami. Aku disorong menaiki kerusi roda untuk ke sana. Malah sehingga menaiki kereta. Begitu sekali mereka menjaga pesakit.

KOS

Disebabkan aku menjalani ceaserean, maka kos keseluruhan ialah RM8300. Tak tahulah ada sen ke tak sebab itu jumlah bil yang Zcat kena bayar. Kos termasuk 3 hari caj wad, 4 orang doktor dan kos2 lain termasuk pembedahan. Padahal difikirkan aku masuk wad jam 12 malam hari Selasa dan keluar jam 4 petang hari Jumaat.

KESELURUHAN

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan layanan pihak HIAZ.  Ada borang kajiselidik yang kami jawab. Zcat puas hati sebab semasa dalam bilik pembedahan semua petugas ialah perempuan. Dan dia juga dibenarkan untuk melihat anak kami dikeluarkan dari rahimku. Yap masih teringat peristiwa itu.

Next anak boleh lagi pergi sini. Tapi 2 or 3 tahun kemudianla. Sebab kepenatan tu masih belum hilang. Berulang dari Ampang paling penat.  Haha kelam kabut je pagi2 hari temujanji nak jumpa Dr. Noraini.



7 ulasan:

  1. Panel aku jugak Az Zahrah ni...tapi jauh dr rumah aku dan aku ada komplikasi bersalin jadi aku memang gi HKL...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko kan memang insan istimewa. satu lagi cawangan azzahrah kat kg baru nun. aku takmo ke sana sebab sana jalan sesak. nak parking berganda azabnya. lagi satu branch kat bandar tun hussein onn. tapi kat BBB la paling besar.

      Padam
  2. Salam puan.. puan ceaser kan? Ingt tak krim ape yg Dr Noraini bg utk sapu kat luka? Krim tu bagus sgt. Tp sy lupe.. huhu. Tgh mencari krim mcm tu sbb skrg pun sy bersalin ceaser tp di hospital lain.

    BalasPadam
  3. Salam Syahida. Saya fikir krim tu ialah dari jenis H-Cort tapi bila dibaca artikel berkenaannya ia digunakan untuk merawat eczema.

    Kemudian saya memebaca pasal Foban hydro cream for caesarean dan hasilnya agak meyakinkan kerana ia adalah ubat terkawal dan perlu dirujuk kepada ahli famasi. Bagaimanapun saya cadangkan awak untuk beli krim untuk rawat luka tu dari farmasi HIAZ sendiri. Saya tak berani nak menjamin betul ke krim ni sebab dah lama saya simpan tiubnya hanya kerana mengenangkan harga yang perlu dibayar dan ya kadang2 saya masih rasa ngilu terutama kalau makan udang.

    BalasPadam
  4. Salam Puan Anis, nak tny, hospital az-zahrah mmg sediakan semua barang keperluan utk mak n anak ke? Sy tgh nak packing barang utk dibawa ke hospital. Terima kasih:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Amirah, ikut pengalaman saya 2x check in hospital tu..sekali bilik utk 2 org, sekali bilik seorang, 2-2 pun dpt toiletries bag ada berus dan ubat gigi, shampoo, shower gel dan bedak talkum. Telekung disediakan juga. Untuk baby mereka sediakan pakaian selama tinggal di sana termasuk diapers. Bila nak balik je kena ada pakaian. Tuala saya tak ingat ada tak. Bawalah bantal lebih. Untuk anak bawaklah carrier bila nak balik senang. Saya kena czer jadi mereka jaga saya sangat2. Jangan lupa beli maternity panties.

      Padam
    2. Baju untuk ibu pun ada sekali sehari. Bawalah lebih pakaian untuk bertukar2.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.