In

18 Zulkaedah 1436H - Pergi Ikea Tanpa Dirancang

Pagi2 kami dah bersiap nak balik Ampang. Yer kami dah 3 tahun ulang alik hampir setiap minggu Puchong-Ampang. Bulan ni adalah bulan terakhir kot. Penat weh.

Odw nak balik tiba2 husband cakap jom pergi Ikea makan meatballs. Jalan masih jem walaupun dah 10 pagi. Banyak juga jalan jadi 2 lorong kecil atau selorong je sebab pembinaan MRT dan extension Star LRT.

Kami pun pergilahh..memang tak ramai orangla dah weekdays katanya. Tapi restoran hampir penuh juga menjelang kami nak balik tu.

Beli alas kaki je. 10 keping. Sekeping RM4.90. Bagusnya Ikea dah include GST. Dari aku lihat harga beberapa barang yang aku pernah beli tak naik. Masih kekal. Baguslah. Diorang pun dah lepas cukai SST. Kedai macam ni yang aku suka. Ada juga yang diberi potongan harga.

Ok husband masuk kerja lepas Zuhur. Aku balik mencuci kain 3x round. Masak Mac and Cheese je untuk Aqlan. Lepas ni kena fikir nak bagi apa lagi...dia lama2 jemu gak benda yang sama. Aku makan karipap Ikea je.

Oh biskut epal yang aku suka dah takde. Air epal berkarbonat yang husband suka pun takde. Last2  aku beli coklat. Ngehhhh suka coklat. Kami semua suka coklat. Yep sampai sekarang Aqlan tak pernah diberi gula2. Jaga giginya. Jangan jadi macam aku. Hisap gula2 simpan dalam mulut sampai tidur.

Coklat masih belum dimakan.

3 RM10. Husband suka dark coklat. 

Related Articles

2 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...