Isnin, 28 September 2015

14 Zulhijjah 1436H - Pulangkan Kunci Rumah Sewa

Aku dah berpindah barang2 sejak Sabtu minggu lepas lagi. Dan kami sekeluarga dah mula menyusun sikit2 barang kami yang memenuhi rumah. Hurmm bilalah nak habis kemas ni.

Selepas hantar Mama dan Uncle di KL Sentral kami pun ke Kg. Baru Ampang untuk menyapu sampah. Lepas pindah tempohari tak menyapu. Tinggal macam tu je. Kami pindah awal pun sebab nak sambut raya korban.

Selepas menyapu sampah yang agak banyak..yelah dah selama ni terlindung dengan perabot..akhirnya settle. Aku memang tak mahu handover rumah dalam keadaan kotor. Tapi tentulah siapa yang masuk lepas ni kenalah cuci sikit. Macam masa aku masuk pindah dulu lagilah sedih semua nak kena kemas buang dan cuci samak. Nasiblah jiran tolong. Iaitu Auntie Mui dan keluarganya. Boyfriend aku masa tu husband la sekarang ni memang tak mahu tolong. Alasannya biarlah aku je yang tahu. Tsk. Yang pasti sebenarnya lepas kami bernikah memang diakui dia seorang yang tingan tulang.

Sebagai kenangan untuk aku, Aqlan dan Adzman.















0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.