Tuesday, September 29, 2015

15 Zulhijjah 1436H - Excited Nak Jumpa Kawan Lama

Last Friday aku beranikan diri whatsapp dengan satu nombor yang memang ada dalam contacts aku sejak sekian lama. Cuma aku tak pasti adakah masih orang yang sama atau sudah berlainan.

Aku macam nilah kalau bukan aku nak delete je. Semak. Sebab kadang nombor tu memang nombor kawan kita. Tapi setelah berapa tahun tak contact dan kau rasa kawan kau ni pun dah lupakan kau jadi sebenarnya mungkin dia dah tukar nombor dan tak bagi tahu. Baik, itu aku.

Aku pakai nombor hotlink dulu prepaid. Maklum zaman belajar nak control la guna. Bila dah lama kerja sikit aku pakai postpaid celcom. Masa tu tak boleh tukar macam tu je. Nombor pun kena tukar. Maka sejak tu banyak yang lost contact.

Akhirnya orang yang aku whatsapp tu memang kawan lama aku. Terperanjat juga sebab dia letak muka kucing. Aku duga2 juga kot2 penipu..boleh camtu..aku tak mudah percaya kat orang.

Sudahnya sampai lebih jam 1 pagi baru habis berchit chat.

Dan..yang paling best dia nak balik Malaysia bulan depan which is aku jadi lebih teruja nak jumpa dia setelah hampir 10 tahun tak jumpa.

Oh ya dia berada di Dublin. Nak call memang tak mampu nak bayar bil telefon..
Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.