Khamis, 24 September 2015

10 Zulhijjah 1436H - Raya Korban 2015

Pagi raya aku di Kinrara. Lepas solat raya pergi jumpa mak dekat Kota Damansara. Yumss semalam dah call mak minta dia masak. Hahah..bertuah punya anak kan. Sebenarnya mak tak masak apa2 tapi sebab aku nak datang mak pun masakla.


Kami sampai jam 11 pagi gitu. Terus makan tak menyempat dah nak bergambar bagai. Kebulorr ke apa..mak masak nasi impit..kuah lontong..rendang ayam dan acar timun yang sedap sangat. Masakan mak memang sedap kan. Aqlan pun boleh tahan makan. Semua tak pedas.

Lepas dah makan semua mengantuk. Mak bagi toto..apa lagi tidur ramai2 depan ruang tamu.



Jam 3 petang baru gerak ke Ampang. Raya rumah bekas pengasuh Aqlan. Rindu katanya. Husband pun belikan buah tangan raya. Sebab raya puasa hari tu tak datang.

Makan rendang ayam dan nasi impit dalam daun pisang tu. Sedap weiiii lembut sesangat. Padahal tadi dah makan banyak kat rumah mak.




Dah kenyang balik rumah.

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.