Selasa, 1 September 2015

KIEHL'S Review - Ultra Facial Cream

Dua bekas 50gm dah aku try. First aku beli. 2nd adik ipar bagi. Jadi aku pakai ni dalam.tempoh setahun lebih juga. Aku ni jimat. Kadang pakai pagi je. Kadang tak pakai kalau duduk rumah. Masa kerja hari2 pakai sebab aircond boleh keringkan kulit.
Dah duduk rumah memang susahla..

Aku hanya pakai krim pelembap. Cleanser dan toner tidak. Jadi review aku tak bolehla diakui sepenuhnya.

Tapi ya..tapi kalau ikut sejarah kulit muka aku ni yang berminyak masa remaja kemudian berminyak dan kering sekarang kering pulak jadi aku memang perlu tukar krim. Tak boleh nak stay like forever. Kalau dapat stay senang juga. Tak payah nak jadikan kulit muka bahan eksperimen sebab kalau dah salah pakai tak ke haru. Alhamdulillah setakat ni takde. Tapi kering muka tu makin bertambah akhir2 ni.



Aku akui krim pelembap Kiehl's yang aku guna berkesan. Masa tu aku kerja kan. Jadi krim ni memang perlu. Kulit lembab. Tapi yelah bila dah solat zuhur kadang aku dah malas nak pakai balik. Jadiii...hurmm jadilah kering semula.

Harga memainkan peranan. Yep 50gm RM100 masa aku beli. La ni dah naik lagi. Tapi kalau bagus proceed jelah kan. Tapi sebab aku pun rasa kulit makin kering jadi aku perlu cuba yang lain.

Biasalah setiap tahun pun ada krim terbaru ciptaan syarikat kosmetik. Semuanya demi memenuhi permintaan pengguna semasa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.