kali ni aku pindah guna mover. sebab husband aku tak larat, aku pun tak daya. lagilah ada anak kecil nama Aqlan. busy body je setiap kali pack barang.
Jadi sejak aku berhenti kerja aku kemas barang2 yang aku tak pakai sangat secara sedikit2. Bila budak kecil tu tidur lagi banyak dapat aku pack.
Mula2 aku pack barang hiasan. Kemudian jahitan. Kemudian buku2. Last2 barang dapur dan baju2.
Senang cerita aku dah memudahkan mover tu pun.
Pasal dapat tahu mover ni aku baca kat satu blog ni. Aku pun test tanya. Masa tu awal bulan 8. Sebab aku ingat nak pindah hujung bulan 8. Tapi husband tak senang. Banyak sangat meeting. Dia jadi penat.. jadi bulan 9 baru boleh pindah. Itupun aku dengan tegasnya bagitahu laki aku no...i don't want to pay house rental. My savings is running out. Ya rumah Ampang aku bayar sewa sebab laki aku bayar sewa rumah Puchong. Jadi kalau dah berhenti kerja tu mana ada income masuk 😅😅😅
Jadi dapat quotation harga RM1700. Lori 5 tan. Laki aku macam tak percaya je bila lori tu sampai rumah. Maybe muat. Maybe ada lebih ruang.
Yang si mover ni pulak dah sampai awal jam 830pagi. Aku dah bagitahu dia aku dari Puchong jadi aku akan sampai jam 9pagi. Tak sangka diorang sangat menepati masa. Sebab kata nak sampai jam 9 pagi. So kami assume mesti diorang ni lambat beberapa minit. So ingat nak breakfast kat kedai Mak Jah ke..sempat la sangat. Last2 beli air kat Shell je.
Dah sampai rumah aku tak nampak pun lori 5 tan kat area tokong. Aku pun musykil. Betul ke diorang dah sampai. Rupanya jam 11 pagi baru lori sampai sebab diorang kena pack dulu. 9 pagi diorang terus start kerja. Dan aku cepat angkat baju dalam rumah masuk dalam beg. Buang apa yang patut kang diorang angkat pulak. Si Aqlan sibuk nak kemas jugak. Haishhhhh.
Jam 12 tengahari diorang habis pack. Hahaha diorang tengok almari aku cakap kecil je....tapi aku cakap yelah barang kecil2 aku banyak. Ambik ko..
Kitorang pun tunggu dalam kereta. Masuk keluar cek diorang kemas bertukar ganti. Sampai kereta pun panas sangat dah enjin hidup tak gerak2. Hahahaha.
Siap semua pack kami pun balik Puchong ikut jalan tanpa tol which is sebab tanak susahkan diorang bayar tol. Kalau ikut jalan bertol memang banyakla kena bayar.
Sampai Puchong diorang terus punggah barang. Pasangkan katil. Angkat tilam dan almari. Yer makin banyak barang kat rumah tu jadi tak semua diorang unpack. Patut diorang buat. Instead of that kami minta diorang buangkan barang2 yang kami tak mahu dan tak berguna dah. So diorang pun tolong angkut. Which is kami dah jimat takyah sewa lori lain angkat barangan yang besar2 untuk dibuang.
Hoh...laki aku cakap 2 bulan la baru siap kemas semua....ye ke?
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.