Sabtu, 12 September 2015

28 Zulkaedah 1436H - 25 Minggu Dah Pakai Cermin Mata Secara Berterusan

Rabun tak rabun dah 6 bulan seminggu aku pakai cermin mata secara berterusan. Selalu pergi kerja atau keluar jalan pakai lens dah balik rumah pakai spek. Ada juga tertidur dengan lens. Esok pagi susah sikit nak keluarkan dah kering dalam kelopak mata. Alhamdulillah belum la lagi lens tak keluar langsung. Ada kes lens dia dah masuk ke dalam dasar bebola mata. Itu aku tak tau camne leh jadi.

Aku pakai spek sejak umur 18 tahun. Means dah 20 tahun pakai. Lens plak dah 14 tahun. Spek aku maybe dah ada 6. Dari power 90 je sekarang dah 325. Silau asyik naik. Tapi baru2 ni silau sebelah kiri dah turun sikit. Jadi aku dinasihatkan pakai cermin mata lagi. Hari tu mereka bilang pakai 6 bulan dulu. Baru boleh pakai lens.

Sebenarnya pakai lens tu nampak cantikla sikit konon bila pakai tudung takdelah tudung tu mengembang dan anak2 rambut takdelah terkeluar.

Tapi dengan perubahan gaya hidup semasa sudah ada cermin mata untuk si pemakai tudung. Aku pun macam tak caya je. Dengan teknologi bingkai terkini dapat kecilkan pengembangan tudung bila pakai spek. Yay!!

Walaupun cerita aku ni lambat. Maybe dah ada orang lain blog pasal ni ke aku tak tahu. Tapi bila sendiri dah cuba dan rasa lebih yakin je..maka aku on jelah berspek lagi.

Ada anak pulak nak pakai tanggal cuci lens ni ambik masa ok. Pakai spek lap2 je dah. Aku tak beli bingkai flexible sebab harga lagi mahal. Sudah2 la aku punya bingkai dah rm300 lebih. Masuk lens yang di upgrade bagai aku bayar rm750. Itupun dah mintak diskaun semua. Dah le kena hantar ke Penang. Seminggu juga baru dapat. Dulu2 aku buat 2 jam dah siap. Hahahah..nampak sangat power mata punya pasal. Lens spek tempah khas.

Sebelum buat spek baru, aku dah beli lens siap2 kat One Utama. Pastu aku rasa sakit kepala pening je kat ofis. Aku agak mata. Memang betul. Power aku naik lagi 100!!!!

Bila aku datang Seen kat Quill City Mall tu aku cakap dengan Jocelyn pasal problem lens aku.. macam mana ni...dah beli tak boleh pakai..dia punya bagus bagi aku tukar dengan stok kat kedai dia kerja tu. Wahhhh aku memang terkejut sangatla. Sebab aku bukan beli kat outlet Seen yang berada di Mall lain pun. Teruslah aku memilih cermin mata ni...

Dia tengok spek aku brand Lee Cooper terus dia bagi aku cuba brand yang sama. Mula aku agak kecewa sebab nak tukarla brand lain ke kan...tapi...hanya brand ni je yang ada bingkai special tu.now i am happy with my spectacles. I even don't know when i am gonna wearing my lenses back.

Specky specky...
Lens untuk hadap komputer. Tapi aku sekarang dah tak kerja..dah tak hadap hari2. Sekali sekala je buka netbook. Most of the time smartphone dan ipad je.

Takde kembang sangat. Aku dah lama tak pakai tudung bawal. 
Now aku nak membaca tak pakai spek. Kalau pakai rasa kabur. Tandanya dah umur nak masuk 40 jadi akan rabun dekat. Phewwww.

1 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.