In

17 Zulkaedah 1436H - Bila Suami Pun Iyakan Saja

Haha. Okay. Tak semua benda diiyakan
Ada yang dipersoalkan. Tapi bagi pihak aku selalu diiyakan.

Nak makan mana? Nak pergi mana? I bawak u mana u nak pergi..kata husband.

Eh banyak kan panggilan aku guna untuk husband. Eloklah asalkan bukan panggilan kurang hormat. Jangan panggil Abang sudah...katanya. sudah2lah orang ofis panggil dia abang. Adik dia pun panggil abang.

Ok senang. Husband memang tak banyak songeh. Tapi kami boleh gaduh sebab soalan dijawap dengan soalan. Bukan dapat jawapan.

Nak cari makan kat mana pun boleh lama fikir. Siap kena ada plan B atau C.

I nak makan kat situ. I sebenarnya nak makan kat situ. I teringin nak makan sebab ada kawan i post kat insta. Dan macam2 mak nenek alasan.

Ok nak parking kat mana? P1 P2 P3? Pusing banyak kali sampai puas hati. Aku pulak yang geram kadang2 tu. Semuanya sebab anak sekarang. Kalau berdua jauh2 takpe. Boleh genggam tangan lama2. Hahahaha.

Dah masuk mall. Ok jalan sebelah kanan dulu terus pastu baru sebelah kiri. Dia tak suka kejap ke sana kejap ke sini. Tak teratur. Buang masa. Sama juga bila masuk Tesco misalnya. Lalu bahagian ni sampai habis. Baru next bahagian. Tapi kalau nak beli 1 benda tuju yang tu je jangan nak lencong.

Hahaha. Kadang2 aku ikut. Kadang2 aku melencong. Tapi dia sukar nak marah. Dia sangat faham perangai wifenya. Dia lagi banyak mengusik. Hingga aku jadi geram. Sebab selalu kena troll.

Sebagai treat, weekend aku boleh minta nak pergi mana. Kadang aku ikut je bila takde mood. Muka pun sememeh.

Nak air gembira tak? Itu yang selalu ditanya. Air gembira ni air manis la. Sebab bila minum rasa gembira.

Dah lama tak minum air 3 layer tea dia sanggup carikan. Tapi aku pun faham. Kalau tak dapat, kadang aku buat2 sedih. Selalu memang dapat macam baru2 ni. Jauh dia mencari.

Dalam hati aku ni terasa sangat dalamnya dia sayangkan aku. Padahal dia letih. Balik kerja masih dapat layan anak. Katanya dah seharian aku jaga anak. Bila balik diajar anak tu ABC. Main tulis2 atas papan.

Bukan senang nak dapat suami yang iyakan selalu permintaan kita. Jadi aku kena jaga baik2 hubungan ini. Walau syaitan sentiasa mencari peluang untuk merosakkannya.

Senang je perempuan nak masuk syurga. Salah satunya taat pada suaminya.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...