Tuesday, September 29, 2015

15 Zulhijjah 1436H - Excited Nak Jumpa Kawan Lama

15 Zulhijjah 1436H - Excited  Nak Jumpa Kawan Lama
Last Friday aku beranikan diri whatsapp dengan satu nombor yang memang ada dalam contacts aku sejak sekian lama. Cuma aku tak pasti adakah masih orang yang sama atau sudah berlainan.

Aku macam nilah kalau bukan aku nak delete je. Semak. Sebab kadang nombor tu memang nombor kawan kita. Tapi setelah berapa tahun tak contact dan kau rasa kawan kau ni pun dah lupakan kau jadi sebenarnya mungkin dia dah tukar nombor dan tak bagi tahu. Baik, itu aku.

Aku pakai nombor hotlink dulu prepaid. Maklum zaman belajar nak control la guna. Bila dah lama kerja sikit aku pakai postpaid celcom. Masa tu tak boleh tukar macam tu je. Nombor pun kena tukar. Maka sejak tu banyak yang lost contact.

Akhirnya orang yang aku whatsapp tu memang kawan lama aku. Terperanjat juga sebab dia letak muka kucing. Aku duga2 juga kot2 penipu..boleh camtu..aku tak mudah percaya kat orang.

Sudahnya sampai lebih jam 1 pagi baru habis berchit chat.

Dan..yang paling best dia nak balik Malaysia bulan depan which is aku jadi lebih teruja nak jumpa dia setelah hampir 10 tahun tak jumpa.

Oh ya dia berada di Dublin. Nak call memang tak mampu nak bayar bil telefon..

Monday, September 28, 2015

14 Zulhijjah 1436H - Pulangkan Kunci Rumah Sewa

Aku dah berpindah barang2 sejak Sabtu minggu lepas lagi. Dan kami sekeluarga dah mula menyusun sikit2 barang kami yang memenuhi rumah. Hurmm bilalah nak habis kemas ni.

Selepas hantar Mama dan Uncle di KL Sentral kami pun ke Kg. Baru Ampang untuk menyapu sampah. Lepas pindah tempohari tak menyapu. Tinggal macam tu je. Kami pindah awal pun sebab nak sambut raya korban.

Selepas menyapu sampah yang agak banyak..yelah dah selama ni terlindung dengan perabot..akhirnya settle. Aku memang tak mahu handover rumah dalam keadaan kotor. Tapi tentulah siapa yang masuk lepas ni kenalah cuci sikit. Macam masa aku masuk pindah dulu lagilah sedih semua nak kena kemas buang dan cuci samak. Nasiblah jiran tolong. Iaitu Auntie Mui dan keluarganya. Boyfriend aku masa tu husband la sekarang ni memang tak mahu tolong. Alasannya biarlah aku je yang tahu. Tsk. Yang pasti sebenarnya lepas kami bernikah memang diakui dia seorang yang tingan tulang.

Sebagai kenangan untuk aku, Aqlan dan Adzman.















Saturday, September 26, 2015

12 Zulhijjah 1436H - Makan-Makan Di Hari Raya Korban

Hari ni bermula dengan pergi makan kat Nandos di Main Place. Lepas dah makan 2 kepak...dan bergelas2 ice lemon tea kami ke Jakel Shah Alam.

Mak mertua nak cari kain pasang. Aku pulaj dok usha kain langsir dan sofa. Bila dengar 25 meter diperlukan..hurmmm banyaknya ya..

Kemudian ke Kajang ziarah makcik husband. Kami makan bbq ayam, kambing dan sausages. Kenyang...

Tambah pulak ada kuew tiaw kung fu. Makan. Jangan tak makan. Sedap tu. Last sekali dessert Apple Crumble. Wahhh.. memang terbaik dimasak oleh sepupu.

Dah kenyang menyandar kat sofa. Nasib tak tidur terus.

Apple Crumble so sedap. Makan 2x. Rasa nak makan lagi tapi perut dah full. Minum air lemonade banyak sangat.



Perghh bila aku nak masak dessert sendiri ni...

Thursday, September 24, 2015

10 Zulhijjah 1436H - Raya Korban 2015

Pagi raya aku di Kinrara. Lepas solat raya pergi jumpa mak dekat Kota Damansara. Yumss semalam dah call mak minta dia masak. Hahah..bertuah punya anak kan. Sebenarnya mak tak masak apa2 tapi sebab aku nak datang mak pun masakla.


Kami sampai jam 11 pagi gitu. Terus makan tak menyempat dah nak bergambar bagai. Kebulorr ke apa..mak masak nasi impit..kuah lontong..rendang ayam dan acar timun yang sedap sangat. Masakan mak memang sedap kan. Aqlan pun boleh tahan makan. Semua tak pedas.

Lepas dah makan semua mengantuk. Mak bagi toto..apa lagi tidur ramai2 depan ruang tamu.



Jam 3 petang baru gerak ke Ampang. Raya rumah bekas pengasuh Aqlan. Rindu katanya. Husband pun belikan buah tangan raya. Sebab raya puasa hari tu tak datang.

Makan rendang ayam dan nasi impit dalam daun pisang tu. Sedap weiiii lembut sesangat. Padahal tadi dah makan banyak kat rumah mak.




Dah kenyang balik rumah.

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati

Tuesday, September 22, 2015

8 Zulhijjah 1436H - Akhirnya Lollipop 5.01!!!

Jadi saya harus bersyukur sebab berkahwin dengan pakar IT? Yep..yep...

Setelah 2 tahun mengunakan Samsung S4 dengan perisian Samsung tu yang ada tak guna pun sangat siap banyak makan space 16gb pun tak cukup2. Dah ditambah 32gb memori yang bila dah update tak boleh direct save kat situ.. geramnya. Sebab gambar hampir 7000 jadi nak guna secara pindah melalui netbook pulak sebab slow melow..

Maka paparan android lollipop 5.01 saya sekarang begini...
Introduction. Tapi 5.01 tak jumpa lak webnya. Hurmmm..

Add caption

Kaler cyan ke biru laut..yang pasti pop.

Dah tukar font juga..comic 50

Nak tunjuk benda alah kaler biru tu sebenarnya 

Yang pasti saya ada banyak space dan laju untuk menaip. Yep masih dalam belajar guna...apa yang pasti mula2 ada gak hang..biasalah.

Saturday, September 19, 2015

5 Zulhijjah 1436H - Pindah Guna GIM Movers

oh penatnya dengar perkataan pindah. kalau setakat angkut barang balik dari asrama satu kereta pun boleh penuh apa lagi kalau pindah rumah.

kali ni aku pindah guna mover. sebab husband aku tak larat, aku pun tak daya. lagilah ada anak kecil nama Aqlan. busy body je setiap kali pack barang.

Jadi sejak aku berhenti kerja aku kemas barang2 yang aku tak pakai sangat secara sedikit2. Bila budak kecil tu tidur lagi banyak dapat aku pack.

Mula2 aku pack barang hiasan. Kemudian jahitan. Kemudian buku2. Last2 barang dapur dan baju2.

Senang cerita aku dah memudahkan mover tu pun.

Pasal dapat tahu mover ni aku baca kat satu blog ni. Aku pun test tanya. Masa tu awal bulan 8. Sebab aku ingat nak pindah hujung bulan 8. Tapi husband tak senang. Banyak sangat meeting. Dia jadi penat.. jadi bulan 9 baru boleh pindah. Itupun aku dengan tegasnya bagitahu laki aku no...i don't want to pay house rental. My savings is running out. Ya rumah Ampang aku bayar sewa sebab laki aku bayar sewa rumah Puchong. Jadi kalau dah berhenti kerja tu mana ada income masuk 😅😅😅

Jadi dapat quotation harga RM1700. Lori 5 tan. Laki aku macam tak percaya je bila lori tu sampai rumah. Maybe muat. Maybe ada lebih ruang.

Yang si mover ni pulak dah sampai awal jam 830pagi. Aku dah bagitahu dia aku dari Puchong jadi aku akan sampai jam 9pagi. Tak sangka diorang sangat menepati masa. Sebab kata nak sampai jam 9 pagi. So kami assume mesti diorang ni lambat beberapa minit. So ingat nak breakfast kat kedai Mak Jah ke..sempat la sangat. Last2 beli air kat Shell je.

Dah sampai rumah aku tak nampak pun lori 5 tan kat area tokong. Aku pun musykil. Betul ke diorang dah sampai. Rupanya jam 11 pagi baru lori sampai sebab diorang kena pack dulu. 9 pagi diorang terus start kerja. Dan aku cepat angkat baju dalam rumah masuk dalam beg. Buang apa yang patut kang diorang angkat pulak. Si Aqlan sibuk nak kemas jugak. Haishhhhh.















Jam 12 tengahari diorang habis pack. Hahaha diorang tengok almari aku cakap kecil je....tapi aku cakap yelah barang kecil2 aku banyak. Ambik ko..

Kitorang pun tunggu dalam kereta. Masuk keluar cek diorang kemas bertukar ganti. Sampai kereta pun panas sangat dah enjin hidup tak gerak2. Hahahaha.

Siap semua pack kami pun balik Puchong ikut jalan tanpa tol which is sebab tanak susahkan diorang bayar tol. Kalau ikut jalan bertol memang banyakla kena bayar.

Sampai Puchong diorang terus punggah barang. Pasangkan katil. Angkat tilam dan almari. Yer makin banyak barang kat rumah tu jadi tak semua diorang unpack. Patut diorang buat. Instead of that kami minta diorang buangkan barang2 yang kami tak mahu dan tak berguna dah. So diorang pun tolong angkut. Which is kami dah jimat takyah sewa lori lain angkat barangan yang besar2 untuk dibuang.


Hoh...laki aku cakap 2 bulan la baru siap kemas semua....ye ke?


Saturday, September 12, 2015

28 Zulkaedah 1436H - 25 Minggu Dah Pakai Cermin Mata Secara Berterusan

Rabun tak rabun dah 6 bulan seminggu aku pakai cermin mata secara berterusan. Selalu pergi kerja atau keluar jalan pakai lens dah balik rumah pakai spek. Ada juga tertidur dengan lens. Esok pagi susah sikit nak keluarkan dah kering dalam kelopak mata. Alhamdulillah belum la lagi lens tak keluar langsung. Ada kes lens dia dah masuk ke dalam dasar bebola mata. Itu aku tak tau camne leh jadi.

Aku pakai spek sejak umur 18 tahun. Means dah 20 tahun pakai. Lens plak dah 14 tahun. Spek aku maybe dah ada 6. Dari power 90 je sekarang dah 325. Silau asyik naik. Tapi baru2 ni silau sebelah kiri dah turun sikit. Jadi aku dinasihatkan pakai cermin mata lagi. Hari tu mereka bilang pakai 6 bulan dulu. Baru boleh pakai lens.

Sebenarnya pakai lens tu nampak cantikla sikit konon bila pakai tudung takdelah tudung tu mengembang dan anak2 rambut takdelah terkeluar.

Tapi dengan perubahan gaya hidup semasa sudah ada cermin mata untuk si pemakai tudung. Aku pun macam tak caya je. Dengan teknologi bingkai terkini dapat kecilkan pengembangan tudung bila pakai spek. Yay!!

Walaupun cerita aku ni lambat. Maybe dah ada orang lain blog pasal ni ke aku tak tahu. Tapi bila sendiri dah cuba dan rasa lebih yakin je..maka aku on jelah berspek lagi.

Ada anak pulak nak pakai tanggal cuci lens ni ambik masa ok. Pakai spek lap2 je dah. Aku tak beli bingkai flexible sebab harga lagi mahal. Sudah2 la aku punya bingkai dah rm300 lebih. Masuk lens yang di upgrade bagai aku bayar rm750. Itupun dah mintak diskaun semua. Dah le kena hantar ke Penang. Seminggu juga baru dapat. Dulu2 aku buat 2 jam dah siap. Hahahah..nampak sangat power mata punya pasal. Lens spek tempah khas.

Sebelum buat spek baru, aku dah beli lens siap2 kat One Utama. Pastu aku rasa sakit kepala pening je kat ofis. Aku agak mata. Memang betul. Power aku naik lagi 100!!!!

Bila aku datang Seen kat Quill City Mall tu aku cakap dengan Jocelyn pasal problem lens aku.. macam mana ni...dah beli tak boleh pakai..dia punya bagus bagi aku tukar dengan stok kat kedai dia kerja tu. Wahhhh aku memang terkejut sangatla. Sebab aku bukan beli kat outlet Seen yang berada di Mall lain pun. Teruslah aku memilih cermin mata ni...

Dia tengok spek aku brand Lee Cooper terus dia bagi aku cuba brand yang sama. Mula aku agak kecewa sebab nak tukarla brand lain ke kan...tapi...hanya brand ni je yang ada bingkai special tu.now i am happy with my spectacles. I even don't know when i am gonna wearing my lenses back.

Specky specky...
Lens untuk hadap komputer. Tapi aku sekarang dah tak kerja..dah tak hadap hari2. Sekali sekala je buka netbook. Most of the time smartphone dan ipad je.

Takde kembang sangat. Aku dah lama tak pakai tudung bawal. 
Now aku nak membaca tak pakai spek. Kalau pakai rasa kabur. Tandanya dah umur nak masuk 40 jadi akan rabun dekat. Phewwww.

Wednesday, September 9, 2015

25 Zulkaedah 1436H - Tren Pembawa Jemaah Haji

Tren sepanjang 277 meter dan memuatkan sehingga 3500 jemaah pada satu2 masa.

Kredit gambar kepada abang ipar yang dah berapa tahun menguruskan pengangkutan untuk jemaah Haji di Mekah.
Sudah tentu teringin ke sana.

Monday, September 7, 2015

23 Zulkaedah 1436H - Sebutan Allah Oleh Aqlan

Alif lam lam ha..ajar si bapak pada si anak. Berkali-kali dan akhirnya hari ni Aqlan menyebutnya. ALLAH. Bukan awwah macam sebelum ni.

Bila anak dapat sebut nama Allah dengan baik dah cukup buat kami terharu.

Hari tu masuk umur setahun setengah dia dah pandai panggil aku Mama. Selalu ma..ma..tapi maa nak makan. Ni panggil dan sentuh. Kalau bapaknya dipanggil Abah.

Kalau gaduh2 manja dengan aku akan dilihatnya pintu masuk rumah dan panggil Abah  abah..nak ngadu le tu.

Ibu bapa mana pun kalau anak dah start panggil panggilan yang kita mahu pasti titis
juga air mata tu.


Saturday, September 5, 2015

21 Zulkaedah 1436H - Menyimpan Di SSPN-i Untuk Anak

Pagi2 kami ke Giant Bandar Kinrara. Kedai kopi pun belum buka. Jadi kami round2 dalam Giant. Kami nampak cawangan PTPTN. Hurmmmmm...still kelegaan sebab dah settled hutang. Siapa yang belum bayar habis tu better la cepat2. Kalau kereta mampu bayar installment RM1000 sebulan takde masalah lah kot kan..ingat...tak habis bayar hutang dunia..dalam kubur terbelenggu. Tak bayar hutang dengan Tuhan..itu lain cerita.

Jadi untuk mengisi masa sebelum kami pergi masuk dalam Giant kami pun isilah borang untuk Aqlan. Minimum RM20.

Dan untuk pembayar cukai ada pelepasan. Teruslah husband duduk. Hahahaha. I dah tak kerja.....so bye i bawak anak p jalan2 naik turuk travelator. Suka nooooo...


Tabungnya macam telur dinosaur. Hehehe. 

Pasni menabung 2 tempatla..satu Tabung Haji dan satu lagi SSPN-i.

Ini memang payung anak ok...supaya by 18 umur dia duit tu boleh guna untuk pengajian seterusnya. Insyaallah. Umur aku 55 tahun masa tu...bapak dia 61...ya Allah panjangkanlah usia kami dan moga diberkati atas setiap baki umur yang diberi. AMIN.

Wednesday, September 2, 2015

18 Zulkaedah 1436H - Pergi Ikea Tanpa Dirancang

Pagi2 kami dah bersiap nak balik Ampang. Yer kami dah 3 tahun ulang alik hampir setiap minggu Puchong-Ampang. Bulan ni adalah bulan terakhir kot. Penat weh.

Odw nak balik tiba2 husband cakap jom pergi Ikea makan meatballs. Jalan masih jem walaupun dah 10 pagi. Banyak juga jalan jadi 2 lorong kecil atau selorong je sebab pembinaan MRT dan extension Star LRT.

Kami pun pergilahh..memang tak ramai orangla dah weekdays katanya. Tapi restoran hampir penuh juga menjelang kami nak balik tu.

Beli alas kaki je. 10 keping. Sekeping RM4.90. Bagusnya Ikea dah include GST. Dari aku lihat harga beberapa barang yang aku pernah beli tak naik. Masih kekal. Baguslah. Diorang pun dah lepas cukai SST. Kedai macam ni yang aku suka. Ada juga yang diberi potongan harga.

Ok husband masuk kerja lepas Zuhur. Aku balik mencuci kain 3x round. Masak Mac and Cheese je untuk Aqlan. Lepas ni kena fikir nak bagi apa lagi...dia lama2 jemu gak benda yang sama. Aku makan karipap Ikea je.

Oh biskut epal yang aku suka dah takde. Air epal berkarbonat yang husband suka pun takde. Last2  aku beli coklat. Ngehhhh suka coklat. Kami semua suka coklat. Yep sampai sekarang Aqlan tak pernah diberi gula2. Jaga giginya. Jangan jadi macam aku. Hisap gula2 simpan dalam mulut sampai tidur.

Coklat masih belum dimakan.

3 RM10. Husband suka dark coklat.