Alhamdulillah anak lelaki kedua telah selamat dilahirkan melalui kaedah pembedahan. Kali ni memang memilih untuk dilahirkan secara czer berdasarkan pengalaman lepas.
Memang aku sengaja tidak bercerita pasal kandungan kali ni. Sebab aku ada beberapa kenalan yang masih berusaha untuk mendapatkan anak pertama atau kedua. Ada orang mudah mengandung..ada orang susah. Aku pulak bila mengandung rasa terkejut sikit haha. Tak mahu cerita details... tapi bila umur dah cecah 40 dah mengandung perasaan dia lain macam sikit. Doktor O&G aku pulak mengucapkan tahniah dan berkata untunglah you mudah pregnant. Orang lain puas berusaha.
Ya aku takde usaha apa2..usaha elak dari termengandung tu, ikutkan kitaran haid yang tak berapa normal memang susah dijangka. Jadi bila dah mengandung bersyukur sajalah Allah nak bagi lagi satu tanggungjawab, satu anugerah, satu lagi kegembiraan untuk keluarga kami. Sebab adik beradik masing2 asyik cakap kena ada lagi satu..tu kira diorang doa hari2. Dah kita pregnant diorang pun happy. Rasa muka paling happy abang sulung aku.
Dah beranak czer bukan boleh bantai pregnant lagi next year ye. Memang kena kawal..so kawalan telah berakhir. Hehe.
Aqeel Shah nama diberi. Maknanya hampir sama dengan nama Aqlan Shah, iait1u yang berpengetahuan / cerdik / bijaksana. Nama dah dicari masa umur kandungan 5 ke 6 bulan lagi. Memang dah panggil2 nama dia sejak tu lagi.
Masa dilahirkan beratnya 2.5kg pada hari Rabu 16 Mei 2018 bersamaan 30 Syaaban 1439 Hijrah pada jam 2.22 petang. Sejurus dilahirkan, aku diberi peluang untuk melihat Aqeel dan diminta untuk mengenali jantina anak. Masa tu kan bius separuh bolehla aku jawab walaupun blur2. Laki memang teman aku masa dalam bilik OT. So dia berpeluang 2x lihat anaknya dilahirkan. Katanya kali ni dia dapat lihat lebih lagi iaitu sebelum air ketuban dipecahkan. Ok aku cuma rasa staff nurse tolak baby dari bawah dada sebab tu tak rasa bius.
Aku cuma ingat sampai bilik jam 3.30 petang camtu. Sebab lepas lahirkan anak, ada proses BTL. Jadi lama sikit.
Ada beberapa perkara berlaku selepas Aqeel dilahirkan. Aku akan hanya menulis bila semuanya selesai.
Selasa, 22 Mei 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.