Ahad, 27 Mei 2018

Selamat Pulang Aqeel Shah

Aqeel dimasukkan ke Wad NICU Hospital Serdang sejak hari kedua selepas dia dilahirkan. Hari kedua tu hari yang sangat mengganggu emosi kami laki bini.

Pada hari ke 7 (Rabu) dia di ICU2 baru aku dapat jenguk dia. Pagi tu misi called supaya aku datang untuk susukan baby. Hari ke 6 waktu malam tu dia baru dipindahkan dari NICU. Laki cakap kalau aku pergi tengok masa dalam bilik tu maybe aku takle tahan air mata sebab dia sendiri menangis. Ha lah budak kecik baru sehari umur dah kena cucuk macam2 dan menjalani proses2 yang menyakitkan. Kena guna oksigen sampai 5 liter dan kena tebuk di tepi kiri dada untuk keluarkan udara. Kat tangan kena cucuk untuk drip lagi..Allah..macam2 aku takle bayangkan. Sebab bila aku datang dia dah duduk bawah lampu ultraviolet kena jaundice pulak. Dia juga tak perlu dah bantuan makan melalui tiub di mulut.


Hari ke 7 masih ada jaundice. Oksigen support 2 liter.

Hari ke 8 (Khamis) dah takde jaundice. Dah kena tolak jauh sikit dari front level. Oksigen support 1 liter je.

Hari ke 9 (Jumaat) jahitan akibat ditebuk dicabut. Begitu juga di tangan. Tak perlu drip atau masuk ubat ikut situ dah.




Hari ke 10 (Sabtu) dah tak perlu bantuan oksigen. Alhamdulillah. Hanya perlu monitor heart beat dia. Doktor cakap esoknya boleh balik. Wah hati seronok sangat. Menyusu pun kemain lama sampai setengah jam. Nasib ko kecik ringan je..







Hari ke 11 kita balik. Lama juga tunggu proses nak keluar. Seronoknya dapat bawak anak keluar hospital. Rasa cam baru beranak pulak. Padahal umur anak dah 12 hari.










4 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Aqeel akan jadi anak yang kuat, InsyaAllah...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, baby dah balik umah ye.. suka la Aqlan gomol2 adik dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takleh bagi gomol. Memang dia nak pegang2..tunggu dulu ..Aqeel ni halus sangat.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.