Selasa, 15 Mei 2018

Persediaan Menghadapi Anak Kedua

Syukurlah tak jual semua barang2 keperluan bayi yang digunakan Aqlan masa kecil. Yang dijual cuma steamer untuk cuci botol. Termasuk 6 botol baru yang belum dipakai langsung untuk simpanan susu dalam peti ais. Eh ada lagi..beg bekas untuk simpanan botol susu yang dibawa ke ofis.

Perkara paling pening ada sekali tu laki cakap lock untuk letakkan carrier atas kaki stroller. Ada lock khas ya. Stroller kami beli boleh cabut2 dari kakinya. So boleh guna untuk letak carrier atau stroller tu sendiri. Harga lock sahaja sepasang RM300. Laki aku dah pening..memang mahal jenama ni. Puasla dia cari tak jumpa. Siap kumbah barang dalam stor. Last2 aku jumpa dalam satu beg atas meja sisi Ikea yang diletak di tepi dinding. Haha. Laki aku urut dada la lega.

Okaylah tak banyak kami tambah beli...apa yang dibeli ialah:-


  1. Pakaian baru 5 pasang. Termasuk sepasang mittens dan sarung kaki la. Beli kat Sogo awal tahun lagi sebab dah tahu dah kalau lewat beli memang tak mampu nak rempuh manusia bila Sogo Sale. 
  2. Diapers. Dah tentulah kan. Beli kat Manjaku. New born pack memang susah nak cari kan. Apasal aku tak beli saiz S je? Sebab kemungkinan besar anak aku orangnya kecil macam abang dia juga. Doktor jangkakan 2.7kg je masa lahir. Belilah Huggies 64 keping RM26++.
  3. Minyak urut bayi, minyak Anugerah 2 botol dan Minyak Lavender Tropika beserta sabun mandi dalam bentuk cecair. Dah tu dalam pack. Laki beli kat kompleks di Putrajaya yang ada Tabung Haji dulu..la ni TH dah pindah sebelah Masjid Besi.
  4. Tisu basah Pureen. Beli kat Lazada masa birthday bash dia. 10 pek terus, ada 100 keping 1 pek dalam RM65. Amik puas hati kan. Selalu aku beli 1 atau 2 pek. Dah tahu dah budak kecik selalu terkencit.
  5. Botol susu Tommee Tippee. Aku memang suka brand ni. Pun beli masa Lazada birthday bash. 2 botol saiz 150ml RM47++. Kalau p Manjaku nak dekat RM70. Kaler putih je.
  6. Tuala baby Ikea 2 pasang. Sebab Aqlan punya dulu hilang. Mothercare kot...satu tertinggal kat hotel satu tertinggal kat homestay. Yang kat homestay tu misteri sangat kehilangan dia. Anak buah aku dah tolong pergi carikan tapi still tak jumpa2 padahal aku baru je check out. Tuan rumah pun cakap takde. Aneh weh..sama la misteri hilang cleanser botol kat homestay lain. Aku contact owner dia. Puas dia carikan tak jumpa. Dah berapa bulan baru jumpa dia bagi aku balik tapi aku tanak dah. Rasa seram. Hahaha.
  7. Termos. Ya dulu punya termos bagi anak buah aku. Konon tak guna dah. Last2 laki beli baru cuma kali ni yang 24 jam panas tu. Ha sedialah bayar bil letrik tinggi sikit.


Barang2 lain macam pakaian, selimut, lampin kain, sapu tangan dan segala mak nenek milik Aqlan semua masih elok aku basuh je balik. Begitu juga kelambu, alas getah untuk mandi dan tukar lampin, lain2 ye ada 2. Besen mandi dan tempat duduk berbaring sambil mandi pun ada. Laki aku memang excited masa nak dapat anak pertama.. macam2 benda beli kot. Moses basket pun elok. Ha kami takde baby crib sebab laki aku yakin tak guna. Breast pump Medela pun masih ada. Nasib tak jual dah le mahal. Nangis kalau nak kena beli sekali lagi.

Untuk keperluan aku sendiri pun tak banyak dah...tapi kena gak beli..hehe..


  1. Pad saiz lebar dan panjang. Lagi panjang lagi bagus. Amik ko...aku beli siap2 supaya laki tak pening brand apa aku nak pakai. Aku ni kulit sensitif bukan sebarang ya boleh pakai. Pastu pantyliner pun beli siap. Sebab apa beli? Dah ada pengalaman kalau kena czer memang tak banyakla darah nifas. Pad untuk seminggu dua je.
  2. Panties. Jumpa yang bersilang kat bahagian depan, jadi beli so takkan terkena bahagian kena czer tu nanti. Pun beli masa Lazada birthday bash. Untunglah..
  3. Seluar pregnant satu helai je beli. Brand Uniqlo memang terbaik lagi dari MotherCare. Masa tu terpaksa sebab laki aku masih tak keluarkan kotak pakaian pregnant dari stor. Oi jemu pakai sepanjang pregnant sebab tu lepas beranak je simpan masuk stor. Nasib tak bagi orang. Pakaian pregnant mahal. Zaman kerja dulu bolehla beli sesuka hati.
  4. Susu kambing dan jeli gamat Hiraq. Berdasarkan pengalaman memang elok pun..laki beli cecah 300 lebih. Tu pun lepas diskaun sebab aku Sahabat Hiraq.
  5. Krim sapuan pilis, tepel dan param Sari Ayu. Ni rekomen dari bos bakal penjaga pantang. Beli kat Shopee je murah. Aku pilih yang takde free apa2. Bidaah je free ni sebab harga lain2. Tapi bila tiba parcel ada free minyak telon. Haha. Ada pek dapat bedak kompak, atau bengkung atau minyak telon. Tak perlu semua tu ok. 
    Bengkung strap kat belakang tu bukan free ya. Beli lain.
  6. Aku amik penjaga pantang dari http://rawatanbersalin.blogspot.my/?m=0 untuk 14 hari je dah RM2600. Tu pun telan air liur. Haha. Siap guna duit simpanan. Kesian kat laki bayar banyak dah..lagi2 nak kena czer ni kena bersedia lagi banyak. Semua harga perkhidmatan naik. Aku perlu penjaga pantang ni sebab kali ni aku nak diri lebih terjaga. Dulu anak sorang takpela..ni dah masuk dua, budak Aqlan tu pun nak kena bantu juga. Dia mana reti mandi sendiri lagi.. bukan tak ajar..dibiarkan dalam bilik air apa pun tak basah kecuali lantai dan dinding. Hahaha. 
  7. Nipple cream brand cocoa butter RM19.90. Kena beli sebab baby ni tak leh jangka. Kang dia hisap gigit2 boleh luka dan berdarah. Lagi buruk boleh bernanah.
  8. Underpad. In case berlaku kebocoran at least takdelah asyik nak cuci cadar katil tu.



Barang2 lain masih elok aku pakai jelah balik...macam nursing bra dan panties untuk pantang. Ha la jenis granny panties tu kan. Pakai buang boleh, pakai basuh balik pun boleh sebab dia kain cotton. Takyahla berangan pakai yang untuk travel tu. Tak selesa langsung.

Bengkung pun ada..dulu mana pakai langsung sebab beli yang untuk beranak biasa. Pastu dah bertahun beli bengkung jenis strap untuk kuruskan badan pun tak pakai. Tapi bila rujuk balik boleh guna untuk dipakai lepas kena czer. Tapi bukan minggu2 terawal la ye. Czer ni memang leh buat menangis tau tak sakitnya. Nak rawat dia pun bukan boleh pakai hentam je.

Nursing shawl, nursing pillow semua masih elok. Baju2 nursing pun adalah beberapa helai aku beli dari DNA. Sekarang macam tak nampak sangat dah. Dynas tak meniaga dah ke? Harga mengancam poket jugak nasib kualiti elok.

Penyudahnya memang tak banyak barang baru pun beli. Apa yang perlu je. Cuma laki aku tu dok usha baju raya rompers untuk anak baru dia. Aku memang tak buat baju untuk baby. Susah kot. Kecil sangat.

Rak untuk baju2 dan barang keperluan bayi


He is waiting for his baby brother to come home.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.