Jumaat, 11 Mei 2018

Makan2 Di My Own Bakes, Eight Kinrara

Lama dah nak jumpa depa ni tapi depa ni busy manjang. Aku elok je duduk rumah. Siap pesan kalau nak jumpa, jumpa dia area rumahku dan tolong jemput aku. Amboi kan..

So lepas asar kami pun berjumpa di My Own Bakes. Makan apa yang tertera di kaunter. Kena order kat kaunter pastu nanti diorang hantarkan.

Perjumpaan lebih kepada menyembang hal masing2. Pasal kerja diorang..pasal raya pasal pilihanraya. Hahaha. Mana2 pun topik pilihanraya ni juga paling menjadi isu. Aku sengih je.

Cup cake of the day. Baba nyonya namanya.

Aku makan ni dengan ais lemon tea tambah kek atas tu kena RM24 kot.





Dah habis sembang sini kami ke Old Town kat sebelah pulak sebab aku nak minum air oren frizz tu. Maaflah ais lemon tea ni tawar hebe...pastu Reen beli asing segelas RM8 ko. Mahalnya.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.