Selasa, 29 Mei 2018

Bila Misi Datang Rumah

Masa beranak ke Aqlan takde misi datang. Masa tu pun daftar anak di KKM Batu 14 dah umur 3 minggu pun. La ni laki daftar semalam untuk Aqeel, 2 orang misi muncul tiba2 jam 12 tengahari. Laki siap tertanya2 weh diorang tak cuti ke.

Sebelum tu gas habis waktu laki panaskan makanan dia. Bila call kedai katanya petang karang baru ada orang hantar. Laki geram terus dia call Petronas Gas. Tak lama misi balik diorang hantar. Gas pun dah RM30 untuk 14kg. Eh aku memang tak tahu..

Ok sambung kisah misi. Diorang cek baby. Katanya macam ada kuning lagi eh..eh eh...budak ni  baru keluar hospital. Takkan nak kena pergi lagi. Kami laki bini confuse.

Pastu diorang cek BP aku. 5x baca semua tinggi. Adoila...camner tak tinggi aku tak cukup tidur..penat.. belum makan masa tu.

Kemudian penjaga pantang pulak sampai. Memang aku ingat nak minta diorang datang kebih awal.. tapi sebab Aqeel masuk hospital, tangguh la dulu. Ceritanya yang patut datang Along, yang muncul Angah. Depa adik beradik. Along tiba2 sakit pulak. Oh ya aku guna agensi. Memang pasrah jelah siapa datang. Angah dah ada 8 tahun pengalaman kerja. Hari ke 10 dia kena p Singapore pulak. Gitew international. Kot penggantinya tak tahu siapa pulak. Oklah aku amik 14 hari je..ngam2 sebelum raya.

Kemudian laki pergi pasar dengan Angah untuk beli lauk berpantang..dapat pulak call sari misi tadi. Nak tahu bila aku akan ke hospital untuk dapatkan rawatan sebab BP aku tinggi. Adoi aku cakapla laki pergi pasar. Kata misi kalau boleh pergi hari ni. Dia nak rekod tarikh pergi. Aku sebenarnya dah tak mampu sangat nak ke mana2. Puas dah aku ke hospital ulang alik tengok Aqeel di wad NICU. Bagilah aku rehat.....


Hari ni juga kami laki bini tewas.. kena bagi Aqeel susu formula sebab dia macam tak cukup susu. Aqeel juga tidur siang banyak. Usaha jelah kan..takkan nak bagi budak tu lapar. Dah le baru nak recover.

Syok kan tidoooooo je

8 ulasan:

  1. Tahniah atas kehadiran orang baru...

    ehhh petronas gas tuh camna kita nak beli erks, sini gas ygbeli dari kedai runcit ni mcm kurang kualiti, api asyik merah jer. orang yang baiki dapur ni dok ckp mungkin gas ni ada campuran lain, seram plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kita update lepas tanya laki camner dia contact orang tu.

      Eh gas jangan main2 tau..seram pulak dengar.

      Padam
  2. nampak dah muka aqlan kat adik dia.... :)

    BalasPadam
  3. tahniah anis ye...lama dh xjenguk blog awk smpai tertinggal cerita...selamat berpantang ye...giguh sy bc entry awk tettang kelahiran aqeel...take care ye...smg semuanya dipermudahkan

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.