Akhirnya jumpa jugak jodohnya dengan gadis Kelantan bernama Mariam. Nikahnya awal Disember. Aku sempat tanya bride jumpa Hafeez kat mana? Kat USM Kubang Kerian ke..sebab masa aku kawin si Hafeez ni tengah nak exam kat situ. So dia tak datang majlis aku. Rupanya jumpa di UiTM. Dia ni banyak sangat ambil ijazah..dalam dan luar negara. Kami contact pun macam on off. Kalau dia kat luar negara atau dalam negara ke aku pun tak tahu. Nasibla kalau terjumpa kat mana2. Hahaha..so memang dah lama tak jumpa dia. Nasib ada rambut penuh dah. Dulu asyik fesyen botak je. Jimat sangat. Pastu suka bawak bekal makanan ke ofis hari2. Perghh budak laki bawak bekal...aku pun tak macam tu hari2. Eh terbanyak pulak nostalgia. Harap maklum laki aku dah diberitahu fasal Hafeez ni. Kita ni cam nilah masa bujang banyak kawan. Aku memang banyak kawan laki. Laki aku banyak kawan perempuan. So aku memang kasar orangnya..sebab kuasa aku nak lembik manja dengan kawan2 laki aku tu. Diorang tu, aku berkawan sebab cakap jelas. Hahaha.. sentap tak sentap tapi kawan tegur cakap terus terang is better than others yang stranger tapi tegur cam ko kenal aku dah 10 tahun. Banyak pulak aku bebel pasal kawan2. Tulah umur dah camni kita memang akan pentingkan hubungan persahabatan yang ikhlas je. Tak salah ko nak gunakan kawan tu..tapi ko balasla balik. Macam ko suruh diorang jaga anak ko kejap atau pet ko..pastu time diorang ko pun kenalah timbal balik. Belanja makan ke..camtulah..beradab faham tak. Kalau pinjam kereta tu buh minyak masa hantar jangan hantar kosong..naya kawan tu. Faham ke tak..
Sudah...aku ambil gambar sikit je. Kami sampai pun dah jam 2.30 camtu. Alhamdulillah masih ada makanan. Haha..tapai sedap betul lupa diri kejap makan banyak. Cuma hari kejadian tu escalator rosak. Lift tak pergi floor dewan. So sian laki aku kena angkat stroller Aqeel naik escalator yang tak bergerak. Ko tahulah tangga escalator kan tinggi2.
Tah kenapa tak senyum tah si Hafeez. |
Gambar dari IG Mike. Haha dia bukan nak share kat group. |
It's heartwarming to read about the lasting friendship between the author and Hafeez, formed during their time working together at Petrosains. The recounting of their encounters and the mention of Hafeez finding his life partner, Mariam, adds a touch of nostalgia. The author's reflections on the importance of genuine friendships and reciprocal acts of kindness resonate deeply. Overall, this article captures the bonds we form and the memories we cherish throughout different stages of our lives. For details, visit Marriage Halls Near Medavakkam
BalasPadam