Selasa, 25 Disember 2018

Puding Roti Dan Sos Kastard

25 Disember 2018. Selamat ulang tahun untuk Nabi Isa.

Pagi2 lagi helper dah datang kemaskan rumah. Aku pun bangun masak nasi Mediterranean dan buat puding roti. Dah lama nak buat so sementara Aqeel tidur baik buat cepat2. Selalu pagi lepas subuh dia tidur lama jugak. Dia ni macam alarm jugak..subuh je bangun..lepas melayan dia bolehla buat kerja sikit.

Selalu aku buat puding roti secara kukus. Sebab oven kecil dulu takde pemasa untuk darjah kepanasan. Yang la ni ada. So senang sikit. Tapi tu pun tunggu laki balik dari laundry on kan. Haha..manja ke.? Aku tak tahu..kang salah kang letup kang susah pulak.

Ok nasi Mediterranean tu sap sap soi je. Selalu sangat buat. Puding roti ni pun senang je ambil resipi dari web majalah Rasa. Yang penting bahan2 ada dan mudah. Lagi satu penting laki suka ke tidak..aha..

Balik laundry laki nak makan puding..Sebelum kami berkejar ke Giant. Apasal kejar? Saja..haha sebab sale tu esok last. Esok laki kerja ok..

Nampak macam overcook but nehi nehi..its just al dantè


Makan dengan sos kastard.

Yang penting laki suka makan. Kalau ada vanilla aiskrim lagi sedaplahhhh perghh



Bakar dalam microwave oven. Memamg mudah kerja la..




2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.