Hadir ke majlis ni atas jemputan kakak kepada pengantin. Yang mana ibunya adalah adik beradik kepada abang ipar aku, Abang Musa iaitu suami Kak Pa. Ha kira biras punya anakla kawin.
Tak pernah sampai masjid ni. Mentang2la duduk Puchong. Mujur masjid kat BK5 pernah sampai..
Kami sampai elok je azan zuhur. Khemah jauh sikit dari masjid. Ramai yang datang. Mereka ni adalah katerer aku masa nikah dulu. Okay...pastu ada pulak ahli kelab motor besar hadir. So macam2 la motor ada. Tapi aku tak tengok semua tu. Tengok kat gambar2 yang anak buah share je. Aku datang makan pastu balik lepas salam tuan majlis.
Pengantin pun tak jumpa. Ramai sangat yang nak bergambar. Kak Pa pun aku tak jumpa. Rupanya dia lepak dalam masjid. Adoi.. elok balik, hujan.
|
Baju lama..masa zaman bujang lagi. Kain ada ketat sikit. Hahah. Baju pun ketat tang ketiak. Adoi...dah gemuk tapi happy. |
|
Muka pun dah bulat. Double chin lagi |
|
Itulah lepas beranak tak pakai bengkung alasan sebab c-sec. La ni pun malas nak pakai sebab berpeluh2. |
|
Ok lengan tu pun dah tembam sama naik dengan pipi. |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.