Ahad, 16 Disember 2018

,

Happy Aqlan Jumpa Ronald McDonald's

Selalu ke McD drive thru je. Kadang2 drive thru sebab nak beli air oren dia je sebab sedap masam2 pahit2 camtu. Kalau dapat yang coroi memang geram je.

Kali ni bukan makan ke McD pun. Cuma beli oreo McFlurry je untuk Aqlan..abah dia la bawak so 2 beranak tu makan aiskrim. Kita lak makan kat kedai siam dengan in laws.. kedai pun sederet. Loh sape selalu pergi Summit macam kami ni tahulah...oh ya Summit ni pun segan mati hidupnya. Banyak kedai tutup. Itulah bahana banyak sangat mall sekitarnya.

Hari kami pergi tu Aqlan juga jumpa santa claus. Tapi tak ambik gambar. Dia excited nampak..santa claus bagi gula2..tapi sebenarnya jelly beans. Aqlan bukan makan pun benda2 tu sebab kami tak pernah ajar dia makan gula2. Aqlan makan aiskrim dan coklat je.

Oklah berbalik pada Ronald McDonald's tu ada event kat dalam Summit. Tatau apa. Kami datang untuk lunch. Taruh bateri baru dalam jam tangan aku yang dah lama mati dan laki sempat beli joystick. Dia nak ajak aku main game. Hahahaha... ya pembaca sekelian...aku ni pemain game yang tegar satu masa dulu. Tapi aku tak pernah beli yang mahal2 tu. Paling mahal PSP jelah. Tu pun laki masa tu (belum jadi sah lagi) bayarkan sikit...hari2 pun aku main game kat HP. Tapi bukan sampai tak buat kerja rumah atau jaga anak ya..masak tetap...anak2 kena layan..laki apatah lagi..haha..laki aku pun paham dia tak kisah aku main game. Aku berterus terang je dengan dia. Selain main game aku memang suka baca buku..beli buku..beli barang2 menjahit..menjahit. Masak2..beli2 barang perkakas dapur..

Laki aku pun cari game2 zaman dia ke arked dulu. Haha teringat lak aku teman adik aku main tapi aku tak main..sebab game arked ni serba laju aku tak bolehla..

Eh aku nak cerita pasal Aqlanla...aduhai....









Mini love dan peace you all

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.