Sabtu, 22 Mei 2010

Gambar terselit - tersepit

satu hari dpt mms dari kawan lama, Ina. ok sila tgk dulu.
dari kiri belakang: ROZI-INA-MAR-AHMAR-AKU TAK INGAT-TIKAH,ARNI
barisan tgh: LIZA-IEHA-AKU LAA...~HAHAHAHAHA~
yg duduk: MAI-WANI

gambar ni tak silap aku diambil selepas kitorg buat rumah terbuka lepas raya puasa. kelakar betul aku tahu masak bihun goreng je time tu. dahle masak dlm periuk nasi..hahah..bekas2 penghuni asrama diluar sana sekelian, anda mesti dah biasa masak guna periuk nasi kan..kan... 

kitorg satu rumah 3 bilik duduk 12 org.rumah bukan sebarang tapi nama dia Krystal Villa. punyalah kolej ni nak jimat..rumah kitorg je paling ramai..paling happening..dan..paling bersih..(kitorg dpt hadiah tau masa akhir semester) sebab ada "surirumah" yg suka bebel kalau kotor sikit~yg kaki bebel, aku & ina. hujung minggu je operasi bersih rumah. semua terlibat!!!! jgn nak pemalas ye anak2 dara sekelian.

sekarang yang anak daranya cuma:-aku la kan..ala korg ni....ina, & mai. yg lain aku tahu dah kawin kecuali yg aku tak tahu tu yg aku lupa nama dia, rozi & ieha.

oh dulu aku amik matrik akaun under UKM kat Mutiara Institute of Technology kat Bayan Baru, Penang. kamila batch terakhir matrik under Universiti. thn kemudiannya semua di bwh Kementerian Pendidikan. 

by the way aku miss u guys. yg paling baru aku jumpa cuma Ina. kitorg lepak2 kat bangsar. yg lain2 tahu cerita melalui FB la..FB rocks!

Rabu, 19 Mei 2010

sebab2 ditinggalkan dan meninggalkan CHENTA

KISAH 1
"i rasa i terpaksa tinggalkan u, sampai sini je hubungan kita. pasni jgn cari2 i lagik".

sms ringkas. berderai2 la airmata pastu- yg tukang hantar sms dgn yg terima sms. dlm hati sakit. azab. mana tak..buat2 spot check kat telefon rumah keluarga, sekali adik dia ckp, dia keluar jumpa tunang diala....

setahun kemudian anda dikhabarkan dia telah berkahwin dgn seorang doktor anak kepada seorg yg bergelar Dato'. anda jadi rasa hina, miskin, walaupun anda lawa, cantik, berpendidikan tinggi, anda tetap rasa kehinaan.

beberapa tahun kemudian anda baca berita. anda rileks je selak helaian suratkhabar. sebab dah jadi tabiat anda baca paper tiap2 pg sebelum pergi kerja. titiba mata anda menangkap satu tajuk berita:-
'Seorang jurukomputer telah didakwa kerana merogol orang gajinya'
anda teruskan bacaan sebab anda nampak nama org didakwa ialah nama ex-bf anda yg pernah buat anda rasa terhina dan dipergunakan. anda nak pastikan, betulkah maklumat yg dinyatakan menepati ciri2 ex-bf anda. checked:-
1. namanya sama dgn nama bapak dia sekali betul, tak salah eja langsung sebab anda pernah tgk name tag kerjanya dulu.
2. isterinya seorang doktor yg sedang sarat mengandung anak pertama mereka~kemungkinan tak dpt layanan, maka dirogolnya org gaji itu.
3. kerjanya jurukomputer~anda tahu dia pernah ambil diploma komputer dulu sambil bekerja.
4. jumlah adik-beradik dan...
tap! anda tahu itu dia. anda legakan sebab tak teruskan hubungan dgn dia malah berani tinggalkan dia. even diala cinta pertama bg anda(konon2).

KISAH 2
kemudian anda berjumpa dgn seorg kenalan chat anda diluar. anda rasa selesa utk berjumpa kerana anda mempercayainya. anda terhibur dgn jenakanya, dgn sifat romantiknya. anda tahu dia baru mula bekerja. gajinya tak banyak. anda pun masih belajar. kadang2 bila keluar  memangla dia yg keluarkan duit utk belanja anda makan. anda suka sebab dia juga hantar anda sampai rumah. anda juga suka kerana dia berani bertemu bapa anda dan nyatakan yg dia mmg berminat dgn anda dan mahu ada hubungan yg serius. tp dia mahu kumpul wang, jadi anda kena tunggu.

jadi bila dia dihantar jauh-PJJ la lepas ni- anda redha je. anda yakin dgn janji2nya even ada kawan mintak anda bertunang dulu utk ikat. tp anda tak mahu. anda dan dia berutus surat cinta dan hadiah setiap minggu. sms, telefon hanya dgr suara..berbulan2. kemudian tiba2 semua diam. anda call berkali2 tak dpt. anda sgt sedih. anda buat keje gila. anda spot check. anda utus surat pada ibu bapanya utk tanya dimana dia. tiada jawapan. anda juga hampir2 hendak ke rumah ibu bapanya. anda berani kerana cinta!!!

7 bulan kemudian anda dpt panggilan dari dia. anda terkejut! ketika itu anda sudah tamat belajar. anda sedang berada di cafe siber utk cari kerja melalui internet. anda tak ckp byk. terkejut. kemudian anda diminta call dia semula. dan anda ikut perintah. lalu apa yg anda dpt ialah:-
" i can' get along with u anymore."
anda terdiam lama. nangis? mestilah... ada org kata mungkin dia sudah terpaut dgn gadis di sana. anda sudah dilupakan. jadi anda berhenti berharap. buang masa je kan.

KISAH 3
sekali pandang, anda rasa dia hensem, 2x pandang, kawan anda kata dia gay..asyik lepak dgn kawan dia yg comel mcm dia jugak...anda gelak2. tiba2 suatu hari dia ajak anda makan bersama. kemudian ketika dlm kereta, dia kata dia suka anda. anda terkejut~owh dia bukan gay, dia suka perempuan!..

dia lemah lembut dan layan anda dgn baik. dia suka keluar makan dgn anda dan kadang2 rasa rendah diri dgn taraf pendidikan dia. anda tak berkira kerana anda sudah cinta. dia membeli rumah utk anda dan dia duduk selepas kawin. dia juga ada rumah lain yg disewakan utk menambah pendapatan. anda suka dgn pandangan kehadapan dia. anda berangan2 akan dpt anak comel,cute hensem mcm dia dan mcm anda. anda dan dia~mmg sama2 cantik dan sepadan!

utk memastikan restu keluarga, anda sering dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di kg. anda ikut. anda pun mahu berkenalan dan memahami latar belakang bakal in-laws anda. tapi lama2 anda bosan. anda rasa tak sanggup dah nak ikut balik kg tiap2 bulan. anda juga tak sanggup dgn keadaan fasiliti rumah bakal in-laws anda. selalu balik takde air, anda kepanasan, anda mmg jemulah senang ckp.

kerana kekerapan ini, dan tiada perbincangan lanjutan anda mula buat perangai. anda lambat bertemu dgnnya bila diajak keluar, anda buat muka. lama2 dia juga geram dgn perangai buruk anda yg selama ini tersimpan rapi sebab nak jaga hati. anda tahu anda tak patut buat, tp anda rasa ini cara buat dia tinggalkan anda. maka dia tinggalkan anda. anda menangis dan merayu. tiba2 anda tersedar, kenapa begitu pentingkan diri? anda mahu diberi peluang ke-2. sorry. NO!

walaupun dia dtg dr keluarga susah, kdg2 pinjam wang anda, tp dia pulangkan balik. sebab tu anda percaya dan sayang dia. kdg2 anda tahu dia seperti tak mampu dgn sikap suka membeli barang branded anda. anda faham dan anda guna duit sendiri kalau nak sgt. tp anda dpt lepaskan dia sbb pemikiran kamu berdua mmg tak sama. kamu terkejut2 ketika dia bg tahu org tuanya menilik anda berdua dgn bomoh~anda tak sesuai bersama dia.kamu bersyukur, kerana kamu diberi didikan agama yg lebih kuat dr dia. Wallahua'lam.

dan pada baru2 ini, anda dikhabarkan oleh kawan anda, dia kelihatan di majlis konvokesyen utk mengambil segulung kertas diatas pentas. maka anda doakan dia semoga hidupnya kini mmg lebih baik tanpa anda disisinya.

KISAH 4
dia suka bawak anda pergi menonton wayang. dia kongsi minat dgn anda. walaupun umur sudah dewasa, anda berdua masih minat kartun dan komik. akhirnya seseorang yg anda rasa soulmate telah muncul. anda rasa yakin benar; yes! dialah orgnya. dialah yg pasti terakhir menyinggah cinta dlm hidup anda. anda sgt sukakannya, anda rasa dia terbaik dr segala-galanya yg lain. anda memuja kebijaksanaannya. sikapnya yg suka memenuhi angan2 anda. anda cakap je, dia tunaikan cepat2. anda rasa wow best gila dia ni!

cinta anda makin dalam...crimson blood. anda dan dia meneruskan kehidupan begitu-begini. kemudian lama2 anda rasa dia lebihkan kawan dia ketika anda sgt2 perlukan dia disisi anda. anda rasa anda dipinggirkan. anda takut, anda akan kehilangan cinta ini. jadi anda bertahan. anda cuba tidak merajuk2 spt cinta dulu2, anda dapati anda kena selalu memujuk. sebab kdg2 mulut anda laser dan perilaku atau tabiat biasa anda tak dpt diterima dia. anda cuba kontrol seboleh mungkin. anda hilang personaliti anda sedikit demi sedikit. lama-kelamaan, anda tak tahan lagi. anda rela ditinggalkan. and then u get what u wish!

rupanya dia mmg soulmate anda, tp bukan bakal suami anda! anda dan dia terus-terusan berhubungan sebagai kawan dan bertukar2 cerita dan lebih berterus terang. tiada rajukan atau kecil hati. tiada cinta, hanya rasa selesa dan gembira ambil berat satu sama lain.

JODOH! TUHAN YG TENTUKAN. WALAU BERAPA BANYAK ANDA TERPAKSA LALUI EPISOD CINTA, JADIKAN IKTIBAR SETIAP SATUNYA DAN DALAMI HIKMAH DISEBALIKNYA. ALLAH TETAPKAN YG TERBAIK UTK ANDA. ANDA MMG TAK TAHU SIAPA BAKAL SUAMI ANDA JADI BERDOALAH.

Isnin, 17 Mei 2010

perlukah bakal teman hidup kau diperkenalkan kepada teman2 rapat?

ada sesetengah org suka menunjuk/menayang teman-kekasih hatinya semasa di alam percintaan kepada kawan2 rapatnya. umm adakah sebab nak bgtau yg...
1. aku ensem/cantik~senang dpt teman sepadan
2. aku dah tak sepi lagi~dah ada org teman jln2 hjg minggu, tgk wayang
3. aku nak perkenalkan kat korg bakal teman hidup aku~korg jgn tackle lak
4. aku dah nak kawin dgn dia ni..pasni jgn bising ckp bila aku nak ada teman hidup..
5. aku nak tanya pendapat korgla, dia ni sesuai tak jd teman hidup aku~walau mcm mana pun pendapat korg aku ttp pilih dia, ada aku kisah dgn telahan korg terhadap dia~aku yg nak kawin dgn dia weiii aku taula semuanya pasal dia...

rasa2 korg pernah dgr tak statement mcm ni bila korg jumpa kwn2 baik/rapat/lama korg yg titibe ajak kuar mkn/reunion dan citer pasal hal ni trs jadi topik hangat masa perjumpaan tu..

tp ayat2 dia byk ayat2 tersirat la..sebab no 5 tu selalu terjadila..di alam percintaan semua indah..mmgle indah saya pun bercinta gak, tp harap2 tolonglah dgr atau pertimbangkan nasihat kawan2 sekiranya mereka dapati bakal-teman-hidup anda tu bakal menyusahkan hidup anda. takde sape yg nak hidup susah~bukan susah dr segi kewangan je...susah nak amalkan agama, susah nak bersosial, susah nak bekerja, susah nak taat ibu bapa (melawan je kejenya), dan menyusahkan kita dgn masalah2nya yg kita tau dia sedang hadapi dan bakal hadapi bersama setalah menjadi teman-hidupnya.

bg saya lelaki yg sanggup membawa kita lari sampai ke Siam demi nak kawin atau guna sindiket nikah tanpa persetujuan ibu bapa kita atau ibu bapa dia adalah lelaki yg pengecut. dimana taatnya dia pada ibu bapa pd org tua kita, mana susila dan adabnya sbg anak? kenapa begitu mementingkan cinta dan hawa nafsu sehingga sanggup membelakangkan ibu bapa? mungkin pada masa itu syaitan telah memenuhi fikirannya sehingga tak dpt berfikir dgn betul. ingatlah setiap anak tu dikandungkan selama 7-9 bulan, dibesarkan dgn penuh kasih, diberi mkn dan tunjuk ajar..tup-tup jd kurang ajar.

ingatlah, keredhaan Allah terletak dibawah keredhaan ibu bapa kita. marah ibu bapa pd kita, begitulah marah Allah pada kita. bagaimana nak meneruskan kehidupan tanpa restu dan berkat sebuah perkahwinan. (ya aku dah berceramah pulak...) kerana saya sendiri risau jika saya terjebak sama dan anak2 buahku yg semakin meningkat dewasa. alam kehidupan penuh cabaran.

takde ibu bapa yg mahukan anaknya hidup susah, penuh derita. jgn nanti ditempelak bila gagal dlm alam rumahtangga~dulu kau yg pilih dia. jika ibu bapa tak suka dgn bakal teman-hidup, cuba2lah ambil hati dulu, jgn terus lari-merajuk-bawak diri-kawin-beranak-kena tinggal.ini fasa2 yg tak seronok. ini fasa2 yg menyedihkan. takpela kalau kawan2 tak approved pasangan anda, tp mintalah restu ibu bapa, supaya hidup tu berkat, tenang dan dapat anak2 yg soleh.

sekiranya anda sanggup hadapi keadaan2 yg boleh menyebabkan jantung gugur selepas musim2 mengawan pertama dlm hidup~anda isteri ke-2, suami/isteri kaki hutg dgn along atau hutg keliling pinggang, pasangan anda boros/kedekut ya amat!!!, anda hilang hak utk bergosip dgn kwn2/blk kg anda utk raya~maka anda bersabar la ye byk2..sebab masa tu pasti telinga anda titibe terngiang2 nasihat kawan/keluarga anda sebelum berkawin bahawa dia ni sekian-sekian. kami nampak, kami tahu dr sumber2 boleh dipercayai~tp sebab masa tu anda tgh dilamun cinta gila anda jwb tak caya selagi tak tgk..selagi tak alami. apahal??? lu sape??? maka jgn dtg dan menyesal tak sudah tp cuba atasi dgn secara berhemah. gunakan saluran yg betul, jgn bunuh diri atau menyusahkan org2 lain yg anda tau mmg syg anda dgn ikhlas(kwn2/keluarga). selagi anda berdaya hadapi dugaan ni, maka anda telah meningkat lebih matang kerana berjaya mengharungi salah satu ujian kehidupan. 

maka sekiranya saya menjadi org utk anda luahkan perasaan, saya akan mendengar, saya tak mahu menempelak kerana anda telah pilih jalan anda dan anda bila rasa jalan tu terpesong, anda sendiri yg mesti menukar haluannya. anda ialah pemandu kehidupan anda, dan kami keliling anda ialah si penumpang yg kadang2 jengok kat luar tingkap dan boleh bgtahu anda apa yg anda terlepas pandang ketika anda memandu.

p/s sekiranya sy terjebak dlm situasi yg menunjukkan unsur2 kederhakaan dan kelihatan semacam...maka tlg! selamatkan saya. terima kasih.

Sabtu, 15 Mei 2010

JJ Klang

mari2 buat xtvt mallhoping lagi di hujung minggu dgn diaa....

mulakan dgn bismillah, baca doa. pecut ke Bandar Kinrara..30-40 minit la bergantung pada kecekapan anda memandu dr ampang..dan keadaan trafik yg selalu jem di pandan indah...dan tak sangka pulak jem di dpn highway kat SIRIM..

ok dah sampai, bwk apa yg patut tukar driver la..jadik mls kan..dulu selalu kutuk Mimi, skrg aku pun  sama walhal aku auto. haha. ok jom...masuk smart trs direct parking kat BTS..waduh..hebatla u bwk..

kendian mari cari makanan..sbb masing2 lapar. td dlm keta mkn biskut je..pastu pergi Subway..ehem2..hari tu saje je buat2 bunyi nak mkn, trs dpt..bestnye....ok mkn sandwich 3 inchi je..dgn isi yg sgt byk dan healthy!..patut kena RM30 tp sbb ada kupon diskaun 50%..suke.....

kendian kat pergila tunaikan yg wajib..tp serius pasni tanak dah solat kat BTS..terukla dia nye surau..i bertakung tak hingat..toilet pun penuh org trs aku naik tgkt 8 nye tandas..ha trs takyah q!..

okla teman dia cari tripod, camera casing and aku pulak sibuk2 buka cerita nak cari cyber clean..tau ape? benda lembik2 nak cuci permukaan laptop, keyboard, hand phone, dashboard keta. dulu dah beli pergi jual kat yome.. sebab tau Melaka mmg takde mende2 best mcm ni. kat area lain pun takde kot. hanya di LOW YAT! setelah beli semua..nak ke BTS blk.. ujan lebat plak..so pekenala air kat old town kopitiam.

rasa dah benti ujan, kitorg pun pergila drive keluar ke Klang. haha..dia kata sebab aku suka jenajalan, dia bwkla..pergi tmpt2 yg aku tak pernah pergi..bestla u ni..memahami i..i loikeee..pastu kat Klang gile jem mcm haram.....sampai JJ Klang dah jam 5 lebih. then pergi solat asar dulula...pastu cr makanan sbb dah lapar balik.

so pergi kedai makan yg aneh. tp try jelah sbb dia nak ajak try. okies jom mkn2 mknn yg dijual..so aku nak ayam goreng berempah..serius tak pernah rasa makan ni..pedas gile weh ayam goreng dia...duduk pun kerusi dia ala2 stall cina kat tepi jln tu..ha kau jimat la..masa kitorg masuk takde org..sekali tibe2 ramai da kat cashier. kena bayo dulu baru mkn..hohoho...

mari2 minum air sedap
buat2 muka poyo
video mode gegar..sebagai IT man kenot handle it is not him la

pusing2 mall, pastu balik..haha..nak teman belikan hadiah utk dibawa ke perhentian tak jumpa..balik sampak BK jam 9 mlm baru..tp dia dah penat sia tak ckp tdo...apapun thanks for bwk jenjalan dan mkn2 free..sepenuhnya ditanggung.

Jumaat, 14 Mei 2010

Pengantin dan Solat

kenapa tajuk ni? sebab aku dah biasa pergi kenduri kawinla...kawan2 aku, kwn kpd kwn2 aku, kwn family, mcm2la..redahla kalau org dah ajak..ada jugak yg aku tak pergi.

well actually aku selalu terfikir time bila pengantin perempuan kerjakan solat. ok pengantin lelaki solat syukur lepas akad nikah. dia tak pakai mekap tebal, bedak je kot.so senang nak cuci muka dan solat. pengantin perempuan pulak? okey, mebi diorg tak solat syukur di masjid, nak cuci mekap bagaikan..kat umah pun sama..tp..

ok timing kawin cth;
1. nikah pagi, jam 1030 la selalunya. kenduri tengari dgn sanding siap..lyn tetamu lagi semuala...harap2 sempat zuhur sebelum asar dtg.
2. nikah pas asar, biasa kenduri mlm tp skrg jrglaorg buat lainla ko buat kat hotel/dewan very the timing kena punctual. ko kena mekap utk siap2 p bersanding jam 8 mlm. jurumekap kau aww kan..nak mekap lame2..pastu solat tak? kalau dah amik wuduk siap2 ko mekap tak kentut2 ke tak sentuh kulit ngan bukan muhrim ke..leh tak lari jap nak solat..

aku bukan pe, aku rasa kesian kat si suami kalau korg tak solat sebab tak sempat or mekap korg syg nak tanggal sbb nak layan tetamu nak kekalkan wajah very the vogue tu kan. elok2 je dia jadi suami, dah tgg dosa isteri yg tak solat. pikir2kan..aku pun pikir2kan utk diri aku. semoga kita tak zalimi diri sendiri dan org tersayang.

Khamis, 13 Mei 2010

Delicious...sedapnya...

hehe...mmg sedap dpt lunch di Delicious!..bertambah best sebab ada yg dtg jemput pergi lunch naik keta...takyah drive!!! wuhooo...!!!

ok..hari ni Khamis; 6 May 2010..aku masih lagi kena pergi Menara MBf..esok last day kan...boring2 tapi keje mmg kena buatkan...so bila dah tengahari perut lapar..beli kuih pun tak mkn..tak sempat..dan dan adzman ajak lunch, kuih takmo makan bg dkt Q..hehehe...sanggupkan..

ooo actually mmg taktahu mana adzman nak bwk mkn..alih2 dah parking kat delicious...yummy!! erm penah tgk kwn kat facebook pergi mkn...dpt gaak rasa akhirnyaa...serius taktau kat mana...
 takde keje kan...pepper bottle pun nak gak masuk dlm blog
ok ni alas pinggan paham tak...kau sakit hati tak?? RM6.90 per cup

so aku dgn rendah dirinya beritahu adzman, i taktau nak pesan apala..beside gambar takde dlm menu..i suka tgk gamba..ya tuan puan sekalian, gamba penting utk attract org..sbb tu posting aku selalu delay walhal dah blogging pun sebab problem nak upload gamba..dtg gile laju, haaa tak hingat..dtg lembab pun tak hingat..aiyyy..

last2 belek punya belek, order air dulu. peppermint tea please, adzman minum jus tembikai. heheh teh peppermint tiba dgn secangkir madu dan 2 keping cookies...hehe..sgt menarik ye tak guna gula...ermmm boleh try kat rumah.
 tgk piring siap ada lekukan khas utk cwn tau...korg ade? takde kannnn

ni la cara2 minum lemon+honey=sedaps..sejuk jek tekak..
opp ni air ke-2 dia..tembikai tak sempat rakamla

tgu makanan sampai apa lagi..jadi cameraman la adzman ni..mentang2la tak bosan lagi dgn new cam dia..ecececece..everytime keluar kat mane2 pun ade je gajet dia tuh. aku plak yg tibe2 slow..pulak2 kamera dah bg mak..mak aku sampai la ni suke amik gamba..sampai kamera dia dah brp kali gantila..last2 aku bg yg digital kan senang..
sanggup tak tgk cheese dia? wei leleh air liur nampak!!!hahahaha
sotong goreng tepung ni mmg sedap..taktaula dia punya sedap takle ckp

makanan sampai....yeay..aku mintak macaroni cheese, adzman mintak aglio spaghetti & sotong goreng tepung..mmmm best giler...mula2 teruja mcm ke hape2 last2 rasa tak boleh masuk dah cheese byk sgt..encik adzman, sila habiskan..thanks!!!!

Faqihuddin Hannan

anak sedara baru..yeay...teruja jappp... comelnya Hannan..mcm muka yome masa baby..cute2...lahir pada hari Jumaat~sama dgn yome lahir gak cuma date je beza..16hb April 2010 di Melaka pada jam 8mlm.

maka pada 1hb May 2010 aku pun memulakan perjalanan yang panjang demi nak memenuhi niat mak aku yg nak tgk cucu baru dan nak jaga dan jenguk menantunya si Kema.

jgn tak hingat ya sesiapa yg kuar umah pada mlm sabtu iaitu 30 april, jalan jem tahap mcm nak blk raya puasa la..punyalah byk keta..yoyoo oooo je aku masuk nak tembus flamingo ampang sekali jem dah since kat petronas kolam ayer lama so aku pusing balik masuk kg melayu ampang..jem gak..aku tgkla bbrp bijik keta yg tak tahan pusing balik..aku bersabar jelah ye..lalu terus naik AKLEH utk elak jem..oooo mmg best woo..pecut masuk laluan jln tun razak ke arah titiwangsa-PJ. woo smooth la..sekali dah sampai bandar utama depan tv3 tu sangap..berdecit2 myvi aku huh! dah lepas tu masuk laluan ke IKEA, selamatla...gila jem jln ke Ipoh!...sampai umah abg aku kat Kota Damansara selepas 2 jam la..diorg semua dah tdo tunggu aku lama ngat..

pepagi esok aku ke koyan amik mak plak. speeding tak speeding..hehehe..takle tahan wooo..sampai jam 11 pg then ngantuk tdo tak sedar diri dah jam 1 lebih..woiii...aku cdgn nak tdo sejam je woooo..mak aku pun layan mata dia gak..bgn2 dah sakit perut..then dah jamak siap2 makan bihun siam mak. best mcm dulu2 gak..kena belajar ni..

then lebih kurg jam 230 ptg aku direct ke melaka. masuk blk highway karak-kl then ampang mrr2 then sg besi semua..sampai melaka jam 6 ptgla. pastu trs migrain..bagusla len kali sila berhenti ya!!!..gila tekan minyak sungguh dan hantu pegang stereng..hahahaha..
hadiah utk hannan dr akuteddy warna krim, dr abg kema warna brown..haha tersama la pulak..aku nye size 3-6mths, yg lagi satu size 0-3 mths. bolehlah hannan pakai spjg thn..hehehe
aina dan hannan..
ok aina cuba cium hannan..
 haha ngeri siot pgg baby yome

Jumaat, 23 April 2010

demam

sabtu lepas balik kg dgn gembira. angkut 2 org budak kat lrt ampang jam 1040am. tersangkut kat jem bdr baru ampang 10 minit sebelum tu.

sampai kg dah masuk waktu zuhur. bawk keta slow, mcm biasa, potong lori..lori minyak, treler, kereta2 yg dibawa oleh pemandu slow & steady. tp still lambat. sampai simpang pertama sg koyan ingat nak masuk nak tunjuk rumah mak chef wan kat 2 org budak "perak" ni..tp terover brek pulak. terkejut beruk pakcik yg nak masuk simpang tgk aku drive. haha..ok janji esok nak bwk.

mak ckp ahad ada kenduri kawin. tp aku tanak pergi. 2 org budak ni pun tanak pergi.sebab takde baju kurung...hahaha..aku mmg mls dah nak pergi kenduri kawin.aku tak kenal pun sape yg kawin dan anak siapa. ok masa makan tengahari amat sedap. mak masak mcm2. aku mkn dgn gembira. kemudian minum air sejuk..trs rs nak demam.

lepas zuhur aku baring2..borak2 dgn 2 org budak ni..pastu aku tido. aku bgn kemudian nak mkn pecal..mak dah bg jiran. ada karipap, tp aku taknak. aku suka mak yg masak jek..haha..kemudian bdn mula panas. kemudian nak tgk cerita dah tgk..tak jadila...tdo.

esok pagi2 aku rasa aku demam panas.minum air kosong..haus sgt2. kemudian pergi jamban 5-6x agaknya. aku mmg tak larat..tp ttp kena drive balik ke KL. hantar mak ke Kota Damansara rumah abg Lut dan 2 org budak ni ke Bandar Tasik Selatan. aku gagahkan jugak bdn.

pg isnin aku demam lagi..trs pergi klinik kita tp ramai org aku pergi klinik dr khalid. kena RM72. mc 2 hari. duduk rumah, blogging la..

rabu aku pergi kerja tp demam lagi masih tak sihat..amik mc dgn klinik mediviron kena RM30. wahhh senang je kan tulis2 harga ubat.

khamis & jumaat aku masih lemah sikit2.tp antibiotik dr adam bg mmg power. trs P hari khamis petang, terawal dari biasa pulak. patut pun haus je memanjang..haha...

aku tak letak gamba sbb google dengki.hahaha

Jumaat, 16 April 2010

Wong Solo ~ apa barang ayam penyet mimi

tlast Thursday, girls outing. yg nak jumpa sangat2 ni tentulah si reen. poyo gak minah ni selalu wat date lepastu tak jadi..mujur kali ni konfem.. kan senang...nak lagi senang jumpa kat kwsn opis lama. dah. aku sampai stagno dulu, tumpang kejap ye....jgn halau2 pulak..wakakakaka.

tak lama - lama gak, ann baru sampai. jom trs ke wong solo kat tmn dagang. ada minah yg nak sgt. aku tak kisah je. perut pun kenyang. aku order soda gembira dan tempe+tauhu. huh mujur sedap.. harganya agak mahal la utk tempe kan.. 2 keping tempe, 2 keping tauhu goreng RM5.90. begitulah jugak air soda gembira..gembira jugak jumpa kawan2 ni.. update cerita...

lama kemudian barula mimi sampai..boleh minah ni balik rumah mandi.. adoiyai...aku rumah punya dekat pun tak balik tau...takpe la. mimi bwk album tunang..very the kan....layan jelah..anyway congrats again to mimi.. gambar ann bertunang je takde. low profile sungguh.

borak2 sampai kena halau kau..hahaha..kelakar..lepas tu sambung kat parking keta..dah berapa owner keta blah kitor asyik mengengsot je cari port baru. dah balik opis stagno still nak borak lagi..hinggala si reen dpt sms suami suruh balik..hahaha..ok...jumpa lagi next time...layan...

Ahad, 11 April 2010

double date..berani?

hari ni aku buat double date dgn selamba asam limau. pg ke ptg nak keluar dgn adzman, mlm krg nak date dgn 2 perempuan kawan zaman UKM dulu. gile lama tak jumpa..ingat zaman2 tu aku masih takde ciri2 feminin lgsg, body pun mcm timun takde shape.

akibat takot keta adzman wat hal lagi, maka beliau sanggup park dkt dlm bangsar village. aku pulak amik dia, then dia drive keta..trs menuju ke shah alam..nak mkn kepala ikan sedap. malay punya tau..bukan mamak tauuu.. tp aku lupa nama kedai dia. tempat kat area2 kilang la..jumpa la 2-3 bijik keta antik..terus melompat aku tgk.sygnya diorg tak jaga elok2, dibiarkan buruk dan berkarat.

kendian p slat zuhur di masjid TUDM..ha kat situ2la restoran tu.. wah masjid ni chantek ok...dan adzman, thanks ya sebab menjadi pengingat utk solat dgn segera bukan lambat2. bagus2.


pastu nak cari kasut sukan kan..konon2 nak pergi jogging or dance club kan..so menapak ke SACC dan PKNS. ha kau..besar je lebih, org kurg. tp PKNS mmg murah2 brg2 jualan dia. kalah jalan Tar. aku grab selai tudung, adzman beli jam tgn..pastu kitorg gelak2..sebab murah.ooo lepas tu aku berkenan dgn tie ada gambar mouse, adzman..silalah pakai..saya belanja..hehehe..sbb comel.tah hape2..beli kat SACC..murah2 bangat brgnye..



habis pusing..kitorg pergi ke The Gardens utk parking. kendian jln2 dlm garden amik gambala...apa lagi...2-2 hantu gambar...keh keh keh..bezanya skrg aku dah mls nak bwk kamera..biarkan adzman suke sgt dgn new kamera dia..nikon beb. dah puas bergamba pergi ke mid valley. blom dpt carik kasut idaman. jadi pegi minum ptg ni Belanga. masakan org Kelantan. layanla roti jala...keras sikit tp kuah sedap.

pusing2 tak jumpa gak kasut..lepas solat, cabut ke Bangsar Village sebab nak jumpa 2 org kwn. so Adzman tamoo join sbb dia nampak aku terlalu gembira bergosip dgn kwn2.katanya tamoo kacau the mood la..okies kitorg makan kat studio 21. sedap tp lama la nak tgu diorg masak...

jumpa si masrina dan zie ni tak lama pun, ringkas dan padat je perbualan kitorg..hehehe diorang ajak tdo umah, aku tamoo la..mana nak tukar baju, lens..dll..hehe takpe next time kita lepak lagi ok.


Ahad, 4 April 2010

nak cari kardigan, temankan cari router

Sabtu; 3 April 2010
Lokasi; Dari Pavillion-Sungei Wang-Plaza Low Yat-Berjaya Times Square


uh..hari ni baru nak citer..citer basi...hahaha nak sebut malas mcm tak elok..hakikatnya geram sebab asal nak upload gamba je, google jd tak mesra alam..dah le internet explorer buat pening, chrome pun tak boleh tolong...waaaaa..saya kena godek laptop lagi pasal benda2 IT.

adzman kata, i dtg park keta kat area rumah u, then kita jalan2 guna kereta u. oklah...tak kisah. u drivela. i selalu sesat nak park dkt BTS, Pavillion lgi tak pernah pergi..hehe..
sampai Pavi dah tengari, so makan dulu. lapa ni..wah2 tgk food court Pavi amat menarik dekorasinya..berapala kena bayar sewa ek..dan2 nampak Ichiban Ramen..trs mengada2 nak masuk makan ramen. gara2 tgk anime Naruto, asyik makan ramen je...mujur takde adegan beromen..haha. so aku pilih seafood ramen dan adzman pilih ramen ape tah..tp dia punya paling sedap. tak aci betul. sekali lagi aku makan set. dptla dumpling dgn air..haittt adzman makan dumpling langsung tak ingat aku..tp takpela..dia lapar kot...hehehe..


lepas tu kitorg pergi solat kat surau. puas carik, belek directory dlm building bagai. last2 adzman kata; " jom..i dah tau kat mana. rupanya dekat parking area. tp surau dia cantik beb..washroom aku tak masuk ok. so takle komen.

then, pergi pusing2 dlm Pavi, ada exhibit utk F1. hehe..nak gak begambar dgn keta klasik Ferrari kot kaler merah..sesuai la dgn warna baju aku.. haha...ramaila org kat Pavi..jom lari pergi Plaza Low Yat...tp tembus dlm Sungei Wang..sambil2 tu cari kardigan yg labuh ada 2 poket kat depan. tak jumpa kaler yg berkenan. so proceed la ke Low Yat ek cari router.

dlm sibuk2 cari router, aku beli charger battery for camera, beli cyber clean, beli pendrive..mcm2 dah beli barula dpt cari router. ooo ingatkan aku je perempuan cerewet..dia ni pun boleh tahan cerewetnye. lama woo tunggu dia tau..tp sabar jelahkan..lagipun aku pun suka jenjalan haha pusing semua tingkat low yat sampai muntah..

then asar pergi sg wang balik sebab konfemla kan BTS punya telekung muchuk. org plak penuh jek..waaa tak kuasa..tula len kali dah bawak telekong jgn gatal tinggal dlm keta. 

kat BTS carik gak kardigan, tp tak jumpa2. mcm2 kedai masuk..pastu lepak dkt krispy kreme..lama gakla lepak..pantang jumpa sofa kan sedap..nak duduk je rasanya lama2 la..kendian pergi blk Sg wang.. hahah gila daa brp km kitorg jln.pusing pergi balik..

last2 lapa nak mkn nasi pulak..so pergi mkn dkt kedai mamak apa tah. aku mkn nasi lemak jek. adzman mkn nasi apa tah..nasi dhal? entahla.. tp sedap pulak..hehe saje nak rasa2..

dah mkn melantak...masa nak blk ada plak kutu parking nak duit..adzman dgn selamba badak dia trs drive keta...yela diorg ni org tak suruh pun jg keta..sebok plak....mujur le dia tak apa2 kat kitorg..kalau aku yg park keta kat situ..takut gak...aiyyy...