Jumaat, 1 Januari 2010

2010M - 1431H

memikirkan aku dilahirkan pada 11 july 1977M bersamaan dgn 24 rejab 1398H.
july ialah bulan ke-7 dlm roman kalendar, begitu juga rejab ialah bulan ke-7 dlm kalendar Islam. aku dilahirkan pada hari isnin, dan pada tahun baru ini, aku akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 pada hari selasa 6 julai=24 rejab 1431H dan mengikut roman kalendar pada hari ahad 11 julai=29 rejab 1431H. perbezaan selama 5 hari, tp aku masih menunggu-nunggu sekiranya aku dilanjutkan usia lagi, mungkin aku akan bertemu dgn ulang tahun kelahiranku pada hari yg tepat=sama iaitu 24 rejab/11 julai.
semoga Allah memberkati hidupku dan melimpahkan rahmatNya, sesungguhnya insan sentiasa berbuat dosa, maksud insan sendiri ialah pelupa dimana kata asalnya dari bahasa arab ialah naasi iaitu pelupa. bila masuk isim maf'ul, menjadi manusia. moga kehadiran tahun baru lebih menambahkan semarak dihatiku untuk menambah amal dan meluangkan lebih masa untuk kepentingan agama.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.