Ahad, 15 April 2012

Weekenders

apa je yang dibuat pada hujung minggu?

ziarah saudara mara terdekat? kawan2 lama yang on off berita terkini, atau melepak atas sofa je dengan penuh kemalasan.

hujung minggu bukanlah minggu mendobi bagi aku. aku basuh baju 3 hari sekali. kalau terlebih rajin basuh kain, membazir pulak air. hahahaha. aku suka penuhkan mesin basuh baru cuci. mesin basuh pun muatan 6.5kg je.

kemas2 rumah? pun ikut mood jugak. kalau datang kerajinan melampau bukan kira weekend. lepas balik kerja pun boleh buat. 

cuma buat masa sekarang, aku dah tukar langsir baru hasil belian masa jualan muarah Royel. diskau 70% kan. dari RM100++ jadi RM30++. kan jimat. mula ingat nak beli lepas tu jahit sendiri. lepas tu malas. hahaha. mesin jahit ada je..tapi...alasan terbaik nak beli kerusi ada penyandar. sekarang guna bangku je. sakit belakang aku kalau duduk mengadap mesin jahit tu lama2. opps..plan nak menjahit telekung sendiri pun tertangguh sebab belum beli renda. kain semua dah siap potong.


being a couch potato, watching TV and being fatty on weekend

sambil tengok TV, perlahan2 baca blog dan survey apa yang patut

buku ini semua sudah habis dibaca, kena belek la web FIXI apa lagi buku baru yang Amir Muhammad terbitkan. nak tunggu keluar kat Popular, lambat jugak.

contoh langsir yang sebenarnya aku nak jahit
 
buku2 yang dah siap dibalut plastik. terkial2 juga mula2 nak balut sebab dah lebih 10 tahun tak balut buku rasanya. haha

4 ulasan:

  1. ratu pun sedang bermalas malasan kat umah ni.nk kuo2 mmg taklah....cukup malas nk kup skang ni sbb malas nk bukak gate tutup gate.ehehe.jd aktiviti arini BW je kot sbb dh lama tak jalan2 blog kengkawan.cantik langsir yg itam putih tu.berkenan pulak tgk...

    BalasPadam
  2. itu langsir letak blkg tv. bawah dia pink pale. ni semua nasihat budak penjual langsir. katanya dah 12 tahun menjual. bila dah gantung, suasana rumah jadi lain. hehe

    BalasPadam
  3. waaa lawa dah umah ko beb..byk barang sudah..lama tak datang ni

    BalasPadam
  4. mimy, aku pun tak boleh tambah barang dah..sempit pulak nak jalan2 nanti

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.