In

Ambil Darahku

today cuti khas untuk jumpa doktor. jam 8pagi sampai setelah 8minit jalan kaki dari rumah. ambil number dan tunggu. no 6045. lama tu. tidur2 ayam kejap. kipas langsung tak dipasang. punyalah panas. pulak2 aku tengah sakit tekak ni. kena puasa sebab nak ambil darah buat ujian kolesterol.

bila dah sampai no aku yang sepatutnya, no lain dah melompat. eh eh?? kenapa? ke sebab orang tua didahulukan? takpelah kalau macam tu. rupa2nya? aku yang tak letak form ambil darah. haha. itupun setelah ditegur seorang perempuan India disebelahku. itupun setelah dia lihat aku pegang kemas form. haha. thanks to her, kalau tak sia2 cuti hari ni. setelah berborak2, pandai pula dia tegur aku buat akaun.

penungguan hampir 2 jam untuk 20 saat masa yang diperlukan untuk ambil darahku. tunggu jelh 15 May untuk keputusan. erk..ngeri..ngeri.. dah lama sangat tak buat ujian. dahla makan seafood banyak..suka telur..suka lauk berlemak. lari2 pun sebulan sekali je. dumb bell kat rumah pun angkat bila rasa nak angkat je. yoga mat pun begrulung elok bawah meja. exercise ball pun bergolek2 kat bilik belakang. hehe.

dah. aku rasa macam dah nak demam. actually dah tak sedap badan sejak ahad tapi aku malas nak layan. ngada, sikit2 demam. lemah naa..

Related Articles

3 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...