Khamis, 5 April 2012

Syukur

syukur dengan pelbagai cara. syukur terbit dari keikhlasan hati menerimanya.
manusia kalau dapat sesuatu yang dia suka, pasti dia bersyukur ya amat. tapi ada juga walaupun sesuatu yang diterimanya satu kebaikan juga, cuma tak mencapai tahap yang diingininya, maka akan ada bunyi2 yang tak menyenangkan. dan kawan yang mendengar akan berkata, "kau ni besyukurlah sikit daripada takde langsung!"

aku besyukur pada Ilahi, dapat tengok jumlah gaji yang dikreditkan pada 2 April lalu. aha....2 April baru dapat gaji....

alhamdulillah sebab aku ni masih mendapat wang saku dari mak, walaupun aku dah bekerja 8 tahun, maka aku tak keputusan wang. ada aje belen2 yang boleh digunakan untuk makan2.

akhir2 ni aku rasa lebih bersyukur, everything goes smoothly. walaupun gaji masuk lambat, tapi masih ada duit lebihan. harap2 aku terus bekerja dengan bersungguh-sungguh (ikhlas tu Allah je boleh ukur), jadi aku dapat rasa keberkatan duit gaji yang aku dapat. bila duit dah berkat, insyaAllah duit yang sikit pun rasa banyak. makanan yang biasa2 pun rasa sedap. aku dapat makan sedap pun selalunya hasil belanja zcat. selalu aku makan biasa2 je. hehe. syukur juga ya.

kata ustaz (pada ceramah last time aku dengar secara langsung), kalau nak dapat rezeki banyak bacalah surah al-waqi'ah setiap malam. kalau nak senang sepanjang hari bacalah surah yaasin. kalau nak rezeki murah, rajinlah solat sunat dhuha hari2.

ya Allah, istiqomah nak beramal tu, penyakit malas la yang paling busuk.

syukur masih boleh bernafas melalui hidung, berjalan tanpa tongkat, melihat dengan mata, dan membuang najis melalui jalan normal.

2 ulasan:

  1. ayukur Alhamdulilah...setiap manusia ada ganjaran yang telah di ebrikan Allah..tak kira la dari segi bentuk apa pun

    BalasPadam
  2. SHUKUR sebab masih diberi nafas untuk terus mencari kerdhoaan ilahi.

    tuhlaa, penyakit malas ni banyak sangat dlm diri nih....mcm mana nak murah rezeki n mcm mana nak slim kan..sumepn xnak amal....huhuhuhuuh

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.