Selasa, 29 Mei 2012

Puding Kastad Menjadi....

aku memang penggemar puding. cuma aku tak reti buat. aku pernah cuba buat dulu sekali, keras degang. banyak sangat tepung kastad kot. jadi aku telah belek2 resipi dalam my resipi. hehe. resipinya mudah dan bahan2 mudah dibeli. jadi aku pun try la buat last week.

bahan2 yang aku gunakan;-

  1. 180gm gula pasir - aku anggarkan satu sudu penuh sudu sama dengan 30gm gula
  2. 650ml air bertapis
  3. 10gm agar2 serbuk cap Swallow Globe
  4. 1 sudu penuh tepung kastad cap Nona
  5. 1/2 tin susu cair cap Ideal
  6. 60gm mentega cap Totura (oiginal butter - sila baca kandungan, yang ini ada cap halal dari Victoria, Australia)
  7. 1 biji telur saiz besar 
  8. 1 penutup botol perisa vanilla cap Star
  9. 1 sudu penuh serbuk koko cap Van Houten - kena cairkan dengan air, aku dah terletak lebih air..dah makin cair warnanya
  10. sedikit pewarna biru cap Star
  11. sedikit pewarna merah jambu cap Star

A - mula2 masak air + gula + agar2 sehingga mendidih.
B - telur dipukul kemudian tambahkan susu & tepung kastad. tapis.
bahan A + B dimasak dan didihkan. masukkan vanila + mentega = kena selalu kacau, aku punya sampai berkerak sebab khayal buat benda lain. hahaha.
bahagikan 3 dan letak warna2.

hasilnya..

maafkanla SE yang dah 5 tahun lebih ni.


terima kasih pada my resipi miss alma atas resipi yang ringkas. sedap pulak dah...harusla aku buat lagi tapi pelanginya tak menjadila..

4 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.