first time nak try pedicure & manicure. nak tahu apa sedap orang buatkan berbanding kita buat sendiri. beli buffer mula2 dulu rajinla nak buat. lama2 buffer pun tah ke mana2. hahaha.
okay appointment jam 3pm di Selayang Mall. jauh jugak nak pergi. tapi pergi jelah dengan zcat pun yang drive guna GPS. masuk parking RM1 je all the time. gila murah, tapi still orang nak parking kat luar tepi2 jalan dan kasi sesak. biasalah. kedekut. tak sayang kereta.
sepanjang buat proses ni aku memang tak ambil gambar langsung. masuk2 je terus duduk, rendam kaki. jari2 tangan dihulurkan untuk diurut, dibersihkan...begitu juga dengan kaki. siap berbalut plastik 10 minit.
akui memang azab masa kena buang kutikel kuku dan urut2, aduh....rasa nak jerit2 je, tapi cover dengan majalah yang baru dibeli. sambil2 aku duduk rendam kaki, mereka offer untuk ambil pakej pedicure lagi dengan harga RM300 untuk 4 kali sesi. tapi aku tak mahulah. mahal ni. yang aku ambil ni guna kupon Dealmates. dari RM118 (pedicure RM90, manicure RM28) jadi RM33 je aku bayar- lepas tolak diskaun2 & redeem points. ha kan ke untung tu.
tapi selepas buat rawatan ni, aku memang happy sebab hasilnya memang bagus. sampai hari ni jari2 kaki masih berkilat digilap, jari2 tangan dah hampir2 malap gilapannya sebab selalu basuh tangan kan.
zcat pula pergi berurut. sudah angin satu badan lepas tu. dia kena pun RM30 je. aku rasa kat Mall ni, murah2 je servis macam ni. hehehe. oh Mod Paradise tu aku ambil memang yang paling banyak sesi pembersihanla. guna honey la, mana tak rasa lembut jek, hehe.
selepas hari ke-7 |
macam sapu pengilat kuku je, tapi hakikanya aku kena buff punyalah sakit weh. dan inilah hasilnya.
sape tak sanggup tengok jejari kaki aku sila X cepat2 page ni. hahahaha.
Cantik jari jemari tu. Bersih je. Kakcik tak pernah cuba lagi rawatan kuku ni.
BalasPadamberbbaloi beb sental sampai kilat gitu..kelasss..dari bayor beratus...jimat ko...selayang mall aku tak suka parking atas dia...sbb tinggi benor nak naik nya...aku dah biasa parking kat luar tepi tu..huhu
BalasPadamtahan pulak ko tang urutan tapak kaki, tak geli ek...aku sure dah kena penendang kot, tak tahan geli weh
BalasPadam