Ahad, 20 Mei 2012

Ke Button My Buttons

semalam ke Gold Chili untuk makan nasi goreng daging pedas. memang pedas gila. bolh nampak cili hijau dan cili keringnya.... ok itu cerita tutup dulu. 

actually enjin kereta dah start tapi kami tak dapat keluar sebab sesak sangat dengan kereta keluar masuk. sambil2 tunggu aku pun teleng2 kepala tengok2 kedai di sekitar SS15. sekali aku terpandang butik yang selalu aku tengok websitenya. hehehe..kedai ni memang sebelah Gold Chili. area2 yang dekat dengan First Subang.

apa lagi joms la tengoks.

hahaha..takde gambarla sebab aku tak mahu buat macam tu. tapi apa yang aku boleh cakap, ownernya Shahida Shariff ni amat lemah lembut orangnya. tak sombong langsung. ye aku ada gatal2 sarungkan kasut tapi tak muat sebab kecil. ada banyak jualan half price sebab kedai ni dalam renovation process. selama ni hanya di tingkat atas sekarang sudah tambah tingkat ground floor. 

apa yang menjadi tajuk bincang ialah pasal custom made shoe. adala 2-3 kasut aku try yang semuanya 5 inci. waduh kekok mahu jalan. aku berminat nak buat custom shoe 3 inci sudahlah. tapi SS ni sangat sibuk dengan tempahan dan events. makanya diberi date yang sesuai untuk buat appointment.

ya kepada siapa2 yang berminat nak custom shoe dari SS at least kena bagi 3 bulan. pada bulan hari raya, beliau memberi cuti sebulan kepada pekerja2nya. bos yang baik hati!

dalam hati tetap rasa nak mempunyai sepasang baju signature beliau, kurung moden beriben. tengok kat website semuanya yang ready stock size S dan M je....oh..oh..saya ada masalah peha besar di sini. hehehehe

1 ulasan:

  1. aku suka jenguk website dia geram ngan baju dia...adik aku tiru design macm tu utk baju raya..agak agak kena saman tak..hihihi

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.