Isnin, 14 Mei 2012

Period?


Period. Perempuan period. Lelaki pun ada yang mengaku dia period. Bila ditanya pakai apa? Lelaki akan gelak2 kemudian serius balik. Buat2 muka moody sebab period. Berlakon diva sangat.

Kalau perempuan moody terus kena chop period. Sebabnya memang selalunya macam tu. emosi terganggulah. Mood takdelah. Jiwa kacau. Benda remeh jadi besar. Benda besar? Terus meletop2.

Tapi ada juga yang gunakan alasan period sebab nak mengelak. Kadang2 memang takde mood nak cakap dengan orang. Tengok muka orang tu memang rasa benci. Meluat. Alasan period sangat sesuai. Diterima pakai tanpa soalan lagi.

Aku pula menghadapi pengalaman period yang berbeza2. Sebab aku ni moody all the time selalunya. Hahahahaha. Jadi kawan2 tak tahu bilakah aku moody sebab period. Kadang2 time period aku pulak ceria semacam.

Tapi kisah moody all the time dah kurang. Hidup aku ceria je. Gembira takdelah 24 jam. Tapi aku rasa bila bercakap dengan orang yang kita suka, automatic gembira aje.  Sebab itulah guna alasan period sebab tak suka cakap dengan seseorang itu berkesan. Hahahaha. Jahat betul.

Okay. Kawan2 sekeliling aku melalui saat2 hari pertama period dengan teruk. Mereka perlukan ubat untuk atasi kesakitan yang melampau. Mereka tak mampu berjaga tanpa pil2. Memang kasihan. Ada antara mereka di diagnose mengalami ketumbuhan atau cyst. Saluran sempit mengakibatkan mereka alami kesakitan yang amat.

Aku? Jarang sangat. Memang pernah sakit tapi mungkin 1-2 kali je seumur hidup ni.  Period time aku pun bukan betul sangat. Paling lama jarak sehingga 8 bulan. Sebab tu bila jumpa doctor dia akan Tanya selalu kena ke? bila jawab ya, maka dia kata lepas 4 bulan tak jumpa baru datang balikla. Ni yang aku malas jumpa doctor. Baik aku buat2 rilek je. Jangan fikir sangat. Ceria2 je.. aku tak risau sangat pasal period time lewat. Susah mengandung dan segala mak nenek ketakutan yang dimomokkan. Tapi aku wonder bila masa aku nak menopause. Hahah agak2 masa tu apa yang aku rasa. Moody ke?

2 ulasan:

  1. 30 tahun aku hidup so far period tak ganggu hormon moody la kecuali mmg saja bg alasan itu pada laki aku hihi

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah acu pun jarang-jarang sakit time period...penah la merasa 2-3 kali je...ada kawan acu,kalau 1st day period je mesti mc sbb sakit yg melampau

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.