Ahad, 27 Mei 2012

Orang Nomad Tak Berpacaran

hari ni tengok Bio. My Big Fat Gypsy Wedding. dan fakta2 yang aku tak tahu amat menarik.

  • orang nomad/travelers/gypsy tidak pernah keluar berdating. 
  • mereka mencari pacar bila ada festival, seperti festival kuda tahunan - di mana ada suka kuda dan orang berdagang kuda.
  • seawal usia 16 tahun mereka sudah berkahwin. berkahwin pada usia 22 tahun adalah sangat tua....
  • mereka juga didiskriminasikan. ini bukan menarik. seperti kata mereka, apabila hendak buat majlis kahwin dan diketahui mereka ini gypsy, tempahan hotel akan dibatalkan oleh pengurusan hotel serta-merta. jadi mereka selalu senyap dan berahsia.
  • anak2 gypsy hanya akan kahwin sesama mereka. kerana bagi ibu bapa penting mereka mengekalkan keturunan mereka dan anak2 semua taat dan setuju.
  • anak2 perempuan dibenarkan berpakaian seksi dan mejolok mata, tapi mereka tak pernah ke disko, party, minum arak, dadah dan berzina.ya mereka memang anak dara dan teruna.
  • dan bila mereka berkahwin, selesai di akad, mereka hanya cium di pipi. wahhhh..
  • di majlis kahwin, lelaki dan perempuan duduk asing2.
  • bila masa menari, barulah mereka akan menari campur..untuk berkenalan dan mencari bakal suami/isteri dan pada masa itu saja mereka akan berseronok. ada lampu disko dan muzik yang kuat.

tentang hal keluar berpacaran, wah golongan mereka lebih baik daripada kita.

2 ulasan:

  1. aku nampak promo iklan ni...dah tayang eh rupanya...ada ualangan nanti ni

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.