Isnin, 7 Mei 2012

Perangai Bikin Sesak

pagi ni hujan. aku start enjin jam 907am. hujan rintik2..ingatkan jammed, tapi cantik je aku punch card jam 927am. hehe.

jam 10am lebih sikit aku ke site. tugas2 biasa di awal bulan. hari ni last day. yay!

hampir jam 1pm aku keluar ke Jalan Sultan Ismail untuk balik ke Ampang. laluan pun clear. best. tapi sampai je simpang keluar ke arah Jalan Tun Razak, jammed..kereta slow motion. cuaca mendung je.

lepas sampai office, simpan apa yang patut, jalan kaki ke Restoran Rasyid tapau makanan. makan...makan..makan..mengantuk. elok. tapi tak tersengguk. bikin cerita pasal Buku Fixi dengan Fahada. sebab dia dah belikan aku di pesta buku sebanyak 3 buah. dapat diskaun untuk buku lama 20%. buku baru 10%. siap dapat beg multi-use bergambarkan harimau sitora jadian. eh ye ke? tah dah malas pulak aku nak pergi belek beg hitam bertanda oren itu.

jam 631pm punch out. pergi cari barang nak buat puding kastad. tapi aku tak jumpa agar2 yang aku yakin halalnya di Giant. eh mana nak cari haaa?? dah beli2 apa yang patut, aku pun balik jam 650pm. jalan baik je.....hehe. lepas tu jammed macam haram. aiks!!! takde trafik polis ke? ok dah jam 7pm kan agak2la. sambil aku berangan2 dan main2 brek slow2..aku pun toleh ke laluan sebelah yang kosong takde kereta. chitt best betul kan. boleh drive laju kalau kat situ. tapi aku nak balik rumahla...sekali....

ada accident. kereta myvi sebiji warna kereta aku. ish. aku pun titiber teringat aku accident dulu. kemudian aku nampak sebiji motor dah tergolek depan bumper depan. baik punya lori tarik dah ada. entah bila sampai aku pun tak perasan. tu lah lama sangat berangan. kenderaan makin slow. ni yang aku geram ni.

aku duduk lane kanan, accident betul2 sebelah lorong nak naik AKLEH dari Bandar Baru Ampang. aku pun dok terfikir siapa yang salah ni. motor tak nampak kereta ke atau kereta laju sangat..

yang paling aku bengang, mat2 motor makin ramai. berhenti kat laluan aku. laluan paling kanan untuk masuk ke Taman Cempaka. aish...semua nak tengok accident!! aku pun geram2 kena juga hati2..karang terlanggar mat 
motor aku pulak jadi bahan tontonan.

kemudian aku teleng2 jugak, mat motor yang kena langgar tu mana ek? lepas tu aku nampak ada satu benda belakang kereta. barang mat motor ke? sekali ngko.....aku tak tahulah itu pembonceng ke penunggan motor..terlipat macam katak ko... tak tahulah bangsa apa. punyalah jammed...sesak aku nak jalan slow2 ni. aku pelik juga, balai polis sekangkang kera je, tapi 1 biji kereta polis pun takde,..masa tu dah lebih 15minit kejadian, sebab aku tengok jam masa tu dah 715pm macam tu. mak aiiii...ambulans pun takde.

elok aku dah masuk lorong Taman Cahaya, barulah nampak ambulan Hospital Ampang. masa tu dah gelap. dah nak jam berapa da....

1 ulasan:

  1. Aduhai... kakcik sangat ngaeri kalau terserempak dengan kemalangan. Suami kakcik pula, kalau boleh dia mesti nak turun tengok kot2 boleh membantu.

    Semalam, Jalan Loke Yew pun sesak waktu kakcik nak balik kerja gara2 ada lori rosak. :(

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.