Selasa, 15 Mei 2012

Keputusan Ujian Darah

hari ni ambil cuti. sebab nak ambil keputusan test darah last month. haha punyalah lama kan. tapi takpe..bayar RM1 je. daripada aku bayar RM70 di Hospital Pusrawi dulu. pitams okay...

so klinik memang dekat sangat dengan rumah aku, tapi kali ni aku bawa kereta sebab tengok langit macam nak hujan dalam masa yang sama..sangat panas. mak beria-ria suruh aku bawa payung.

tak lama pun tunggu, sambil2 aku baca Zombijaya. masuk bilik nombor 6 jumpa doktor Cina. first time aku ke klinik kerajaan ada doktor bangsa ni. takpe, mari dengar pendapat doktor.

keputusan..hish ngeri. last time buat tahun 2009 kot. gila dah lama tu. setiap kali pun aku tense nak tahu tahap kolesterol aku. 

so this Doc, directly cakap kolesterol jahat aku tinggi. berapa tinggi? aku tengok itulah tahap kolesterol jahat aku paling rendah aku ada. hahaha. 

jadi Doc tak mahu bagi ubat. aku pun cerita aku dulu2 selalu je dapat ubat sebab paling tinggi aku kena 6.8. kan giler tu. dah macam orang2 dah berusia. kata Doc aku masih muda (masih muda youuuuu...) patut bukan setinggi ini. jadi nasihatnya, no nasi lemak. makan oat (which is oat tahun 2010 masih ada tak habis makan...hahahaha) dan bersenam 3 kali seminggu. oh senang aja. tapi tahap kerajinan susah sikit. hahahaha..

Doc juga cakap, aku takde kencing manis, which is itu memang menakutkan kalau arwah bapak aku ada penyakit tu. yang lain2 pun semua okay. alhamdulillah.
 
dan disebabkan aku tak suka oat direct, aku dibenarkan makan biskut berunsur oat. okaylah kan. makan oat nak muntah okay...itu pasal tak habis2.

aku pun dah beransur2 melupakan nasi lemak,...susah tau. tapi kalau aku masak nasi lemak tu..memang aku dah tak tahanla nak makan tu. hahahaha.

selamat menjaga kesihatan ya kawan2.

4 ulasan:

  1. Oat yang kakcik beli tahun lepas pun belum habis lagi! :)

    BalasPadam
  2. acu sangat suka oat
    acu x suka nasi lemak
    tapi ada la sesekali teringin nk mkn :)

    BalasPadam
  3. Control your diet. Kurangkan gula, garam. Simple as that. Good luck, ya!

    BalasPadam
  4. oat? dah cuba, makan sekali jek pastu simpan..dah 5 tahun rasanya ada lagi dalam lemari tu /:)

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.