tulisan ini berdasarkan nasihat yang diterima dan apa yang dilihat. mari sama2 ingat-mengingatkan kerana solat adalah perkara pertama akan ditanya di Padang Masyar manakala bab berhadas/bersuci adalah perkara pertama yang akan ditanya di dalam alam barzakh.
- kaki nampak masa solat, padahal dah tahu kain yang dipakai pendek, kain pasti terselak waktu sujud, kaki kelihatan setiap kali sujud, padahal kaki adalah bahagian aurat.
- kalau yang pakai stokin sebab tanak pakai kain tu, pakaila stokin tebal dan panjang, bukan setakat ankle je. lagi2 yang pakai kain baju kurung atau skirt, masa sujud, boleh nampak pangkal betisnya. kan itu aurat.
- kalau pakai tudung pastikan tudung itu boleh dipakai dengan menutupi bawah dagu, itu juga aurat.
- solat tanpa tuma'ninah. laju2 solatnya..hilang adabnya depan Maha Pencipta. terkejar2 apa tah semua nak cepat.
- anak2 rambut dibiarkan terkeluar dari telekung. kadang2 juraian rambut pun tak dihiraukan. tak salah pun kalau guna hujung jari je pun nak masukkan rambut2 yang terjurai keluar tu. itukan aurat.
- mekap tak ditanggal dengan betul. cuci dengan air biasa takkan hilangnya.. dah pasti pakai mekap berasaskan minyak supaya tahan lebih lama. sebab itulah kadang2 nak pakai telekung awam aku tak gemar, banyak naa tompok merah, coklat dan hitam. wudhuk tak terangkat oiii..sebab air wudhuk mesti diratakan pada permukaan kulit, dah kalau mekap tebal seinci, macam mana air nak sampai.
- telekung bukan main cantik dan panjang, tapi ada pulak kerawang penuh yang berlubang2. sampai boleh kelihatan aurat terutama bahagian leher.
- kain telekung sepatutnya tidak menunjukkan kezahiran warna kulit. maksudnya telekung sepatutnya tebal bukan nipis. ya ada antara kita memiliki telekung yang nipis dan ringan. mudah dilipat masuk ke dalam beg yang amat kecil untuk disumbat dalam tas tangan kita.
- anggota sujud ada 7; dahi+hidung, kedua2 telapak tangan, kedua2 kepala lutut, dan kedua2 jari2 kaki kiri dan kanan.
- apabila bersujud, dahi mestilah atas tempat sujud dan tidak boleh dilapik dengan telekung yang sedang dipakai. tahulah kalau tempat sujud tu basah sebab dah ramai orang gunakan sejadah tu, tapi cubalah ambil inisiatif dengan menggunakan tudung sendiri sebagai alas atau tahan sajalah busuk/basah tempat sujud.
- sujud sepatutnya kedua2 tangan disimpan ke dalam, maksudnya bukan dikembangkan macam jemaah lelaki bersujud.
itu sahajalah buat masa ini. jika ada yang nak tambah kesalahan2 biasa dalam solat boleh panjangkan dalam komen. sama2 menegur, betulkan niat menegur, InsyaAllah kita sama2 dapat menentang kejahilan dan menambah ketaatan.
takat nie tak leh nak pikior...
BalasPadamneway, thx for sharing and reminding :)
terima kasih atas peringatan :)
BalasPadamentry terbaik ko paling aku suka..thanks beb
BalasPadam