Sabtu, 11 Ogos 2012

Perjumpaan Sekejap

semalam aku berbuka puasa di KD dengan beberapa ahli keluarga. ahli keluarga memang ramai tapi kalau kumpul semuanya kat rumah abang aku tu memang tak muatla..

jam 5 petang aku dah cabut dari ofis. kesesakan di Flamingo Hotel saja dah lebih 30 minit. bila dah ke Duke, clear je. sampai Plaza tol Jalan Duta memang pitam. bunyi hon2 marah silih berganti. aku pun kena hon. tahla semua orang pun aku tengok ramai yang keliru dengan laluan Smart Tag, TnG dan Tunai. aku pun blur itu pasal kena hon.. terus aku pitam macam mana diorang ni hari2 balik kerja macam ni ke? terus cakap dalam hati, kalau ada perjumpaan hari Jumaat lepas kerja macam ni, takmo aku pergi ke KD... sebab geram.

sampai rumah abang ada banyak makanan mak dah belikan untuk berbuka. mak dah tak masak. atau mak tak selesa nak masak sebab baru balik dari Melaka. so adik aku pun ada.

kak Dewi cuma sampai lepas azan. dia datang dengan 3 anak. bawa makanan dimasak sendiri. ah teringat zaman2 sekolah dijaga oleh dia. kak Dewi memang pandai masak. dan makanan dia sedap2. ingat pasta kali pertama aku makan dimasak olehnya.

lepas berbuka, solat sendiri dan baca Quran sendiri. sebab kakak dan family dia solat jamak kerana bermusafir.

lepas terawih aku tidur sekejap. mengantuk tak terkira... kemudian nak balik sempatla kakak bagi kacang sebekas. nak makan menahan diri. simpan raya. dan tak suka lekat celah gigi.

aku pun berikan sekotak pakaian/beg/langsir kepada anak buah yang menjaga anak2 yatim/kurang kemampuan. kadang2 memang sayang nak lepas benda2 yang kita beli sebab rasa cantik. tapi kalau dah tak muat tak pakai, nanti kena hisab pulak. kena tanya dengan Allah nanti. kenapa tak guna untuk buat ibadah. kenapa tak boleh pakai, bagi pada orang yang boleh manfaatkannya. maka aku pun bagi. tutup mata. janganla perasan sangat boleh kurus pinggang 27 inci balik. hahahaha.. ya kakak & anak buahku Aiman selamba kata aku gemuk. mak pulak cakap aku gemuk macam tong. sentap.

perjumpaan sekejap tanpa gambar, tapi penuh kasih sayang keluarga. kami memang suka ejek2 tapi kami gelak2. gurau mungkin agak ganas bagi orang lain, tapi kami hati batu. hahahaha.

syukur. aku ada ahli keluarga yang bukan menyibuk tanya benda2 yang tak berfaedah. kami lebih suka gelak. dan ya kami suka ejek2. kemudian kami adjust balik dengan statement memujuk seperti kata kakak aku, "memang kami pada usia2 ini akan gemuk, kemudian akan kurus balik bila dah tua.."

2 ulasan:

  1. tu la istimewa adik beradik ramai...aku tumpang kecoh kepoh kat adik beradik mak aku jela..adik beradik ramai

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.