Khamis, 9 Ogos 2012

Bancuh Kopi Cara Eri-chan

Aku peminat kopi yang tegar. er tegar..sampai gigi jadi kuning akibat kafein? better than kuning dari sebab hisap rokok atau tak gosok gigi. ok stop.

antara cara2 aku membancuh kopi..yang penting mestilah jenis kopi, susu dan gulanya.

macam2 jenama kopi yang jual kat Malaysia ni aku dah try. yang selalu dan nombor 1 ialah Nescafe. aduh..mak aku peminat tegar brand ni. aku minum Nescafe sebab tengok makla. berbotol2 Nescafe jadi bekas biskut (yang saiz besar gedabak tu), jadi tempat mak isi rempah ratus dia kat dapur.

ada gak minum Kopikaw, kalau aku list kopi kampung ni memang aku tak ingat nama2 dia tapi banyak sangat. aku juga pernah try minum kopi asli. aha..jiran aku ada buat kopi tapi takdelah aku jadi pembeli dia. arwah ayah aku mesti beli dengan arwah ustaz Duraji. eh nama dia aku tak tahu macam mana nak eja yang sebenarnya tapi itulah panggilan ustaz yang buat kopi sendiri.

aku suka bancuh Nescafe dengan susu pekat. sebab nescafe O ni aku tak boleh nak consume sangat. aku suka susu cap teko. bukan krimer manis, tapi susu pekat manis. ahaha...aku tak suka krimer since dulu2 aku minum 3 in 1 mulalah berdebar2 tak tentu pasal dan memang rasa resah gelisah...mana taknya kalau dah hadap hari2.

sudahnya hari ni aku try guna susu sejat penuh krim dan gula perang. eh sedap la pulak. rasa jatuh cinta pula dengan rasanya. gula perang memang lebih baik dari gula putih sebab dia raw. aku suka....sebab kawan aku juga yang dok cerita dia suka gula perang...aku ni mudah tergoda juga rupanya. tapi bila dah try memang bestla.

so sekarang, stok gula perang dan susu sejat penuh krim (yang selalu orang guna buat kuih tu) mesti ada. aku try Marigold. sebab Ideal aku suka untuk puding/dessert. yummeh..

5 ulasan:

  1. Macam geng pulak. Kak Azie pun suka Nescafe. Tiap hari di opis mesti pekena tiap pagi. Kalu tak, nak keje tak semangat. Yeaa gula perang memang bagus, lebih baik dari gula pasir.
    Kita ni kira ketagih ke eh? heeeee

    BalasPadam
  2. aku suka gula perang..tp tak in la ngan kopi..aku tak addict kopi

    BalasPadam
  3. ai minum white coffee je hahahaha dengan susu cap junjung

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.