Khamis, 23 Ogos 2012

Ayam Kapitan - Resipi Chef Wan

first time aku masak ayam kapitan ni. masak malam raya ke-2 sebab kerutup daging aku dah habis. meskipun esoknya kak ma nak masak nasi dagang tapi aku rasa macam tak cukup je nanti. lepas kehadiran kak ted & family dah bertambah lagi 5 orang. ahli sudah 26 orang. yang makan tak tidur tu dah bedal kerutup dan rendang ayam. 

bahan2 mudah je nak dapat sebab tu aku sanggup nak masak.

bahan tumis - 2 biji bawang besar, 15 biji bawang merah, cili kering 20 tangkai, buah keras 6 biji, 1 cm lengkuas, 1cm halia, 1 cm kunyit hidup, 3 helai daun limau purut & 3 batang serai. masak sampai naik bau..memang sedap weiii

ayam 1 ekor dipotong 12, tapi sebab aku ni dah ada yang tolong potongkan, tak tahu berapa belas daaa..lepas masukkan ayam tu tutup dengan penutup periuk selama 15 minit - macam marinate.

masukkan santan 500ml / sebiji kelapa di perah dengan menggunakn 2 cawan air, kacau hingga renih, masukkan air asam jawa 1/2 cawan dari 1 sudu besar asam jawa. pastu tambah garam dan masak hingga ayam empuk

kemudian aku pun ratah nak rasa ayam dah masak belum....percubaan pertama kata kakak2 kurang garam..aku ok jek...huhu
alhamdulillah habis. itu yang penting bagi aku. tak membazir.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.