Rabu, 22 Ogos 2012

Malam Raya Ke-2

Petang raya keluarga abang Bad pun sampai dengan isteri dan 4 orang anak. maka rumah pun bertambah sedikit sesak. bilik2 pun dipenuhkan. mari kira berapa orang duduk datang tidur;
  1. mak
  2. aku
  3. abang lut
  4. yome dan 4 orang keluarga
  5. kak ma dan 6 orang keluarga
  6. abang bad dan 5 keluarga

itu sudah 21 orang!

kemudian tiba anak buah aku Saadiah dan suaminya Salman dengan 3 orang anak. muncul pula abang choi dan 6 ahli keluarga-lagi 5 orang tinggal, tak muat kereta. tapi diorang2 ni datang makan2 je, lepas tu balik. anak buah aku terus ke Kota Bharu rumah mertua, abang choi aku lak balik rumah dalam 60km je.

pilih2 selipar..kalut nak pergi ke tangga yang jadi trademark gambar raya bila 1-1 ahli keluarga nak balik

kek lapis Sarawak dibawa khas oleh Abdul Aziz yang menjadi imam terawih Masjid Lutong, Miri

Keluarga Abang Choi - Yusuf, Zakariyya, Fatimah, Ruqayyah, Kak Long Suhana & Iqlima. lagi 5 orang tak dapat datang, kereta tak muat. anak abang sulung aku ni 10 orang.

Keluarga Saadiah - Salman, Mabrurah, At'har & Shafiqah. inilah my grandchildrens. aduss dah jadi granny laa...

2 ulasan:

  1. Tak perlu tetamu lain pun dah penub rumah, ya? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kakcik. kalau masak rendang semua tu kami je tukang perabih. tak dan kasi tetamu lain makan.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.