Selasa, 5 Februari 2013

Barang Hantaran Nikah


Untuk nikah kami juga bersetuju menghantar 7 berbalas 5. Jadi pencarian pertama kami ke Lovely Place Wedding di belakang TESCO Ampang. Dulang2 hantaran dijual lebih murah dari Fah Lean, Balakong.

Kemudian kami ke Festival City dan memasuki Kanson untuk melihat segala jenis barang dan hadiah yang boleh dijadikan hantaran. Menarik tetapi mahal.

Sebelum minggu itu kami ke Ikea kerana aku mahu mencari galvanize pail. Bentuknya agak kurang sesuai tetapi aku sukakan idea2 pelik menggunakan baldi timba perigi sebagai bekas hantaran. Haha. Warna yang aku impikan untuk hantaran ialah kuning, silver & putih. Bunga2 mestilah kuning. Alas dulang silver dan putih? Boleh jadi reben..

bile difikirkan idea2 untuk dulang hantaran ni memang banyak. tambah2 lagi aku asyikla membeli majalah Inspirasi Perkahwinan & Pengantin. ada juga aku meminjam majalah edisi perkahwinan kepunyaan kawan2.

in the end bagi aku bunga tisu paling cantik, kesan aku lihat hasil tangan kawanku yang baru berkahwin juga, Masni. gigihla ke Ikea membeli tisu dan memborong dawai2 dan segala mak nenek bahan2 diperlukan di Kedai Bunga Reben. pasti tak kecewa!

jujur, barang hantaran kami biasa2 je takdela gajet2 canggih macam tablet ke smartphone ke. kami takde masa nak tengok hantaran tu sepanjang majlis (akibat dengar kes2 kecurian barang hantaran waktu orang sibuk2). yang penting, jaga duit maskahwin je... itu..itu...simbolik harga diri pengantin perempuan kan..

haruman, kaca mata hitam, jam tangan, seluar slack, sandal, biskut coklat dan  sehelai baju panas tanpa lengan dan juga  bunga telur asin untuk ahli keluarga Zcat

popcorn, sepasang kasut yang akan dipakai ketika resepsi, make-up & haruman dan kaca mata hitam dari Zcat 

maskahwin dalam bentuk bunga ros. sampai hari ni aku tak sanggup nak buka...

2 ulasan:

  1. Hantaran ni sebenarnya adat sebagai simbolik cenderahati kepada kedua-dua pihak. Sikit banyak tu tak pernah ada hukum pun sebenarnya.
    Bersederhana mengikut poket adalah sangat digalakkan.

    Bunga tisu tu sebenarnya cantik. Apatah lagi buat sendiri. Nilai tu yang lebih penting...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya kak. kami tak mahu bagi hantaran sebenarnya, tapi kami mengikut kata kedua2 orang tua kami sebagai tanda hormat dan menjaga hati mereka.

      bunga tisu tu memang paling memberi kesan. penat menganyam, Allah je tahu.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.