Sabtu, 9 Februari 2013

CNY 2013 - Tahun Ular Air

tahun ni CNY pergi jumpa ikan2. InsyaAllah. perancangan dah lama buat.. harap perjalanan pergi balik lancar.

free and easy je, takdenya amik pakej macam biasa buat. sebab kali ni ramai. 5 pasangan atau 6? tak tahulah yang ke-6 tu ada pasangan ke tak... yang pasti kitorang masing2 pergi sendiri ikut time masing2. ada yang dah bertolak malam ni naik keretapi, ada yang naik bas. kami naik flight esok. dah sampai sana nanti berjumpala masing2. 

berharap sangat cuaca cantik semasa pergi dan balik, sebab nak naik bot pulak lepas tu. kalau dah cuaca tak mengizinkan, kami berenang dalam bilik je...

tapi rugi juga kalau tak jumpa ikan2, penyu2...sponge, timun laut, ikan dori dan macam2 haiwan laut. sebab dah prepare baju burqini, goggles berkuasa 2.00 dan juga penyumbat telinga. tak lupa juga disposable panties. penting....tak kuasa nak mengeringkan pakaian, bawak baju ngam2 pergi balik..jadi memang takdela yang nak kena cuci kecuali terpaksala...

pek barang pun dalam plastik. pastu baru masuk back pack. sebab apa?sebab dulu pernah hujan dan basah beg, baju pun kena jemur dulu...huahua...

selipar fipper dan kasut plastik adidas, seluar dan baju nak dipakai pun yang biasa2 je sebab katanya nak naik bot, harus basah masa kena turun ke tepi pantai. confirm. pengalaman. bot tak berhenti kat gigi air ok. ko kena jugak jalan 100 - 200 meter.

kat rumah dah ada sebekas tart nenas, auntie mui bagi. makan sikit2. limau dapat dari supplier pun aku tak mahu makan. takdela aku nak mendemamkan diri. kata allergic..  

2 ulasan:

  1. aku makan jugaklah limau raya beli sendiri ko...moto office, tidak boleh menerima apa2 pemberian dari customer...rasuah katanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun terima sekotak limau aku letak kat pantry. pandai2la diorang nak makan. aku memang tak makan limau mandarin daaa...

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.