In

Bunga Telur


Aku sebenarnya tak bercadang membuat bunga telur, tapi setelah berbincang dengan mak, aku sepatutnya memberikan bunga telur kepada pihak keluarga Zcat.  Sebelum ni Ann dah berniat nak sponsor bunga telur, tapi aku telah menolaknya dengan baik. Sekarang aku kena buat muka kesian balik kepada dia. Hehe. Akhirnya bunga telur aku beli siap dari Kedai Fah Lean di Balakong. Dapat diskaun lagi menambah unsur gembira. Instead of RM110, aku dapat diskaun 10% - RM99 untuk 50 kuntum. Senang, tak perlulah aku membuat bunga. Tinggal beli telur dan rebus dan gantung.

Berkenaan telur aku memilih untuk berikan telur masin. Insipirasi ni aku dapat setelah menghadiri majlis nikah kawanku Masni di Manjung. Menarik juga sebab aku tak pernah tengok orang buat. Meskipun telur masin mahal, tapi disebabkan warna kulitnya yang putih dan tahan lebih lama, jadi aku pun bercadang membelinya. aku beli 60 biji telur sebab risau ada yang pecah. juga mesti ada family aku yang nak makan sambil2 buat kerja. 50 biji satu kotak kena RM34. memang murah. yang tambah 10 biji tu mahal sikit pulak. ada juga macam tu. aku beli telur asin ni sama tempat dengan aku beli air mineral di kedai area Hentian Stesen Kajang. tak ingat pula nama kedai tapi barangnya memang murah. yang aku ingat signboard kedai warna kuning ke hijau tapi bukan kedai 99 speedmart la.

bunga telur aku beli dari Fah Lean, Balakong. dan ya bunga ni ditaja oleh cikPuan Ann. hehe terima kasih.

yang tolong cucikan telur2 ni ialah Yuhana & Mak. Yang tukang rebus, Kak Cupa. Yang tukang bungkus, Kak Hasni isteri Abang Bad. aku ada tolong sikit2 je, telur asin kan besar, sarung telur pun macam ngam2 jek. aku dapar rasa sikit je telur ni. memang sedapla...

sesudah dibungkus, nak angkat memang tak daya. jadi masa nilah gunanya tenaga anak2 buah lelaki dan abang2 sekelian. hehe. terima kasih.

telur yang diberikan kepada zcat, bila berlebih dipulangkan balik. maka berebut2la mereka2 yang nak dapatkan telur tu sebab bunganya cantik dan telur asin...aku pun simpan 1 je buat kenangan.

Related Articles

3 comments:

  1. Sekarang dah jadi trend orang buat bunga telur masin. :)

    ReplyDelete
  2. Alaaa kenapa takda gambar...?

    Telur masin buat bunga telur? Wahh ya ker sekarang orang dah mula gunakan telur masin? Di pasar sebiji = 80 sen tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala cari gambar tak jumpala kak...beli telur asin sekotak ada 50 biji. kalau nak makan hari2 pengsan gak. tapi kalau buat hantaran ni memang dah trend la..

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...