Jumaat, 8 Februari 2013

Selamat Bergelar Suami Kepada Illyas

aku tujukan entry ni khas untuk anak buah aku yang merupakan cucu ke-4 mak dan anak sulung kakak aku, Kak Cuma. 

pernikahan akan berlangsung di Jertih, Terengganu pada 10 Februari 2013 bersamaan dengn 29 Rabiul Awwal 1434. aku doakan semoga perjalanan ahli2 keluarga ke sana lancar dan selamat, majlis berlangsung penuh barakah dan rahmat.

anak buah aku, Illyas 25 tahun, akan mendirikan rumahtangga selepas mendoakan kami berdua di majlis resepsi hari tu. aku sebagai orang yang baru je masuk alam rumahtangga ni takdela boleh nak bagi nasihat lebih2. yang penting, kalau boleh jumpa semua tetamu yang hadir. salam dan tengok mata mereka. sebab apa suruh salam tengok mata, kerana dari situlah kita dapat melihat "isi hati" mereka.

atas sebab2 tertentu, aku tak dapat hadir ke majlis pernikahan Illyas, tapi InsyaAllah akan hadir kenduri dirumah Kak Cuma di Losong nanti.

aku doakan Illyas dan bakal isteri, dipermudahkan perjalanan menjadi pasangan hidup yang sah, kekal jodohnya, baik keturunannya, rahmat melimpah sepanjang hidup. mereka berdua ialah hafiz dan hafizah, sangat ringan tulang.

Illyas sedang duduk depan sekali sebelah kiri mendukung Hannan yang tengah menangis
# anak buah aku seramai 49 orang belum termasuk suami/isteri anak2 buah yang dah kahwin. ni belum cukup semuanya berkumpul. 

7 ulasan:

  1. Ramainha anak buah Anis. Ingat tak kesemuanya? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semua dapat ingatla. tapi memang ingat 90%. hehe. yang tak ingat yang tak rapat dan duduk jauhla..jarang jumpa..

      Padam
  2. keluarga besar ko ni..ok selamat menerima cucu hehe

    BalasPadam
  3. Wahhh ramainya.
    Cucu Mak Kak Azie pun dah lebih 50 orang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cicit mak dah 5 orang kak...adus..kira cucu saudara saya la tu

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.