In

Saya Keseorangan Malam Ini

tajuk macam sepi sangat. macam tak pernah hidup sendiri. drama kan. hahaha.. biar.. dulu masa bujang memang lain. dah kahwin memang lain sikit. 

selalu balik rumah dah ada orang lepak atas sofa. tak pun kita lepak dulu. tunggu LB balik sambil mengemas apa yang patut. dah lepas maghrib selalu akan masak atau keluar makan. masak memang ringkas2 je. sama je masa zaman bujang. resipi nasi goreng, cucur bawang + ikan bilis, lempeng.. itulah yang selalu repeat pun.

malam ni haaa makanla seorang diri. LB kena temankan adik ipar yang demam panas. katanya terlentang terbongkang tak makan2 sejak balik dari klinik. itu katanya sebelum balik dari office tadi.

katanya nak balik kejap mungkin nak jumpa ajak makan diluar. yelah dia pun dah mereng kot...hahahaha...baru berapa jam je. tapi sebab hujan yang lebat tadi dan jammed ya, maka kita tak bagi dia balik. beside kalau adik ipar tu memerlukan sokongan, lebih baik abang dia ada.

teringat zaman sakit2 seorang diri dulu, kadang2 rasa sedih juga. sebab bila tak daya semua pun kena buat sendiri. tapi Allah tetap bagi kekuatan untuk buat apa yang patut supaya diri sendiri tak terpengsan.

Related Articles

2 comments:

  1. Itu lah beza antara bujang dan dah ada pasangan. Nikmat itu yang patut disyukuri. Rasa ditemani dan diperlukan itu sangat best...

    ReplyDelete
  2. "resipi nasi goreng, cucur bawang + ikan bilis, lempeng.. "

    sedap tuu.. nak satu pinggan .. hehe

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...