Hanya dengan mendownload borang2, aku tak perlu ke Pejabat
Agama untuk mendapatkannya. Memilih untuk bernikah di Masjid Tuanku Mizan,
Putrajaya, aku perlu dapatkan borang kebenaran nikah di Kuala Lumpur. Untuk
memudahkan urusan, aku menggunakan alamat KL. Dan urusan akuan pemastautin hanya dari Masjid
Muqarrabin. Berjumpa dengan Ustaz Kamal amat menyenangkan. Aku
ke sana bersama Zcat dan abang sulungku, Abang Choi. Urusan 20 minit sahaja.
Selesai urusan pada tarikh itu 2 October 2012.
Esoknya kami ke Jakim di sebelah masjid Negara untuk membuat
wakalah. Wakalah ini ialah akad untuk memindahkan kerja menikahkan dari wali pihak
perempuan kepada jurunikah bertauliah. Memandangkan abang choi hendak ke india
sehingga 14 november, dikhuatiri beliau tidak sempat balik untuk menikahkan
aku. Jadi urusan wakalah mesti dilakukan dengan 2 saksi. Aku membaca kandungan
wakalah diikuti oleh abang choi dengan disaksikan oleh seorang ustaz, 2 saksi
dari Jakim dan Zcat. semua ni berlaku kurang sejam!
Selesai menghantar borang permohonan, aku dan abang choi
dipanggil untuk tujuan pengesahan wali. Memandangkan bapakku sudah tiada, semua
pakcik2 sebelah bapak juga sudah tiada, maka abang choi ialah yang paling layak
menjadi wali. Pengetahuan tentang hal ini penting bagi memelihara nasab. Ini
bukan perkara mudah. Walaupun abang choi cakap urusan perkahwinan agak leceh
sekarang tetapi ini adalah untuk memelihara kesahan upacara pernikahan.
selesai wakalah, esoknya ke Jakim Putrajaya untuk mendapatkan surat kebenaran nikah di Masjid. setelah membayar fee bernilai RM25, kami pun balik.
kepada bakal pengantin, urusan perkahwinan pihak perempuan hanya boleh dibuat setelah borang permohonan pernikahan pihak lelaki siap. (Zcat mengambil masa seminggu untuk diselesaikan. borangnya dari Jabatan Agama Islam Perak).
Nota ditulis berdasarkan pengalaman:-
selesai wakalah, esoknya ke Jakim Putrajaya untuk mendapatkan surat kebenaran nikah di Masjid. setelah membayar fee bernilai RM25, kami pun balik.
kepada bakal pengantin, urusan perkahwinan pihak perempuan hanya boleh dibuat setelah borang permohonan pernikahan pihak lelaki siap. (Zcat mengambil masa seminggu untuk diselesaikan. borangnya dari Jabatan Agama Islam Perak).
Nota ditulis berdasarkan pengalaman:-
- hantar borang permohonan MESTI kena copy IC
- tak perlu copy bil2 elektrik/air untuk pengesahan pemastautin. cukup dapatkan surat dari pihak Masjid Kariah tempat tinggal
- urusan kebenaran nikah boleh siap sehari kalau semuanya lengkap - sijil kursus nikah, HIV test letter, copy I/C, borang permohanan nikah pengantin lelaki, surat nikah ibu bapa atau surat cerai ibu bapa, surat kematian ibu bapa (jika berkenaan), surat wakalah (jika ingin menggunakan khidmat jurunikah akibat ketiadaan wali - bapa, datuk sebelah bapa, pakcik sebelah bapa atau adik beradik kandung lelaki)
- ujian HIV mesti diambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum hari pernikahan. kami buat bulan 10.
- sijil kursus nikah laku untuk selama-lamanya. cukupla ambil sekali. lepas dah selesai kursus jangan pula lupa nak ambil. kalau hilangkan, kena repeat kursus balik. walaupun yuran RM80, duit juga.
- berdoa banyak2 agar Allah permudahkan urusan. kalau perkahwinan direstui memang lancar semuanya. Alhamdulillah itulah yang kami berdua rasakan.
Alhamdulillah. :)
BalasPadamye...amat penting untuk menjaga nasab
BalasPadamSekarang banyak urusan semakin mudah tapi kena teliti.
BalasPadamKak Azie dulu pun kena buat Kad baru tukar alamat sebab nak menikah di Selangor, tapi tempat lahir dlm IC adalah Perak.
susah juga kalau kena buat IC baru ye. saya masih ber IC Pahang.. sebab tu mesti dapatkan surat permastautin.
PadamAku semua ayah aku uruskan. Aku sign jer. Sume anak2, ayah aku yg buat.
BalasPadamuntungla ayah kau masih ada. kakak2 aku dulu pun arwah bapak yang settle kan. aku ni Zcat yang tolong bawa aku ke hulur ke hilir jumpa orang2 yang patut. aku memang bersyukur sangat sebab itu sebenarnya tanggungjawab wali aku.
PadamKorang KL. Aku ni sume2 kat perak da. Jenuh la nak blok kmpung setelkan. Tu yg ayah aku yg arrange sume.
BalasPadamitu pasal aku tak buat kat pahang, tak kuasa nak balik selalu. 2 jam setengah nak drive, kena ambil cuti lagi..
Padam