pagi2 lagi hari ni dah tengok accident di simpang 4 Jalan Sultan Ismail. kalau dah merah jangan teruskan. sila sabar. semua orang pun nak cepat pergi kerja. orang yang tak berkenaan pun terpalit sama. aku yang paling depan sekali nampak semuanya. tapi sebab aku ni jenis bukan suka tengok kemalangan dan perbalahan yang berlaku, aku pun drive je pergi ke tepi. yang bencinya motor2 pun berhenti nak tengok. angin gak aku nak jalan pun tak dapat. jadi kereta2 kat belakang pun main horn2 je.
pemandu2 motor ni memang kadang2 ingat semua orang nak tengok dia 24 jam. semua orang kena bagi dia laluan walaupun time tu bukan masa untuk dia cross the road ke. asal boleh selit. dah accident menyusahkan orang, merosakkan harta orang.
aku punya side mirror berapa kali kena langgar sipi, nasib je belun jatuh pecah. kat body kereta calar jangan cakap kalau ada motor selit2 time jammed tak ingat. geram memang geram, dan kadang2 aku takde hati sangat nak kasihan kat motor2 yang terlibat dengan accident.
Kakcik memang fobia dengan xcden!
BalasPadamKadang-kadang memang ada jenis mat motor yang kurang ajar.
BalasPadam