apa yang lebihnya?
soalan direct yang aku selalu tanya bila aku tak tahu apa2 benda. maksudnya aku tak faham dengan penjelasan dalam website rasmi, jadi lebih mudah aku tanya kawan2 yang bekerja dengan kerajaaan.
contohnya aku tanya pasal tax. kemudian aku tanya pasal apa jadi ye dengan mereka yang kahwin sindiket ( aku ada keraguan kat situ), macam mana proses diorang mendapatkan kad pengenalan mengatakan sudah bernikah. wah aku memang suka bila kawan aku bagi penjelasan. lebih mesra. hehehe.
tapi sekarang aku pening kepala sebab aku takde kawan kerja kat PTPTN. aku tahu ada diskaun 20% untuk yang bayar lump sum bermula dari 31 Oktober 2012. kemudian ada diskaun 10% untuk pembayar yang tak pernah lupa nak membayar setiap bulan. which is aku lah orangnya. kalau nak dicongak aku masih lagi berhutang dalam RM5000++. interest pun dah dalam RM15++ setiap bulan. kalau ku bayar lump sum dapat tak diskaun tu terus 20% atau PTPTN akan pulangkan balik.
cumanya aku ni tak ambil ujrah 1% sebab aku marahkan kalau diorang sibuk2 nak tahu akaun KWSP dan kena pulak sign up surat kebenaran untuk benarkan mereka tengok kedudukan kewangan kita. wah ini rahsia! aku memang sudah mahu sign up sejak awal tahun lepas tapi bila tengok tang kerahsiaan tu, aku rela kena 3%.
jadi ada sesiapa tahu pasal diskaun ni tak?
jadi ada sesiapa tahu pasal diskaun ni tak?
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.