Rabu, 6 Februari 2013

Katering Nikah & Resepsi


Memilih caterer agak tricky juga. Bermacam2 nombor telefon aku dapat. Dari Kak Pa, dari Zcat dan juga dari blog2. Aku bercadang menjemput 150 tetamu dan aku memang berharap dapat menghidangkan makanan yang sedap dan diingati. Awal bajet aku ialah RM20 satu kepala. Maka aku harus hati2 dan berbincang dengan ahli keluarga.

setelah membuat 2-3 sebutharga akhirnya aku memilih Kak Ina. ipar Abang Musa yang memang ada perniagaan caterer bertempat di Kajang. lagi bagus, takdela kena caj penghantaran. dengan Kak Ina, aku dicaj RM13 satu kepala. menu yang diberikan ialah; nasi putih, ikan keli & ikan kembung bakar. air asam, buah tembikai, 2 jenis kuih & ayam goreng berempah. juga ada telur dadar, dan minuman panas. aku pula membeli air mineral dalam cawan, senang untuk para tetamu nak minum. dalam RM9 satu kotak ada 24 cawan, aku beli 4 kotak terus. ha kan untung dan senang.

pada hari majlis nikah berlaku sikitla kekeliruan. dah habis nikah, caterer tak sampai2. aku dah pening. rupa2nya, Kak Ina tu cakap majlis makan untuk Maal Hijrah, padahal sepatutnya Majlis Nikah. jadi pihak pengurusan masjid tak mahu bagi masuk. padahal mereka dah sampai jam 1030 pagi. elokla surat kebenaran mengadakan majlis, aku bagi kak Ted pegang, handphone pulak aku bagi Fairuz pegang. in the end, Yuhana & Fairuz yang kelam kabut jumpa mereka di basement parking. itulah teladan.

bagaimanapun Alhamdulillah sebab rata2 tetamu suka makan ala kampung yang dipilih. ada juga tetamu dah balik dulu sebab ada urusan, jadi mereka tak makan. jadi makanan lebih, semua tapau. senang. untuk pengetahuan, aku bayar RM100 je untuk sewa tempah nikah & alatan nikah seperti mikrofon, meja dan karpet dan tempat makan adalah percuma (termasuk meja makan dan kerusi untuk tetamu yang uzur dan selebihnya ada tikar).

untuk resepsi, semua urusan katering diuruskan Zcat & family. memang mula2 rasa pitam harga RM15 1 kepala. nak jemput 1000 orang tetamu. congak2 dah RM15,000. saat2 akhir tambah pula lagi 150 orang, risau tak cukup. niat kami memang nak bagi tetamu makan sedap2 dan diingati. tak mahu diingati makan kenduri kami, cibi marukochan bagai, tak sedapla, nasi mentahla..memang tak tahu kan apa nak jadi.

Alhamdulillah, bila majlisnya berlangsung, makanan memang sedap dan banyak. dan lagi berbaloi2 sebab banyaknya makanan. makanan dicaj termasuk untuk tetamu, meja pengantin, meja VIP. kuih muih dan air minuman. makanan sentiasa pula ditambah dari semasa ke semasa. caterer kami ialah Selera Emas Katering yang merupakan caterer pilihan untuk dewan yang kami sewa. means kalau nak sewa dewan tu kenalah ambil caterer pilihan pihak pengurusan dewan.

kami memang berpuashati dengan pengurusan caterer ni. memang tip-top. memang tak rugi ambil mereka ni. malahan beberapa tetamu juga bercadang nak ambil nombor telefon mereka sebab makanan sedap dan murah. so sesiapa nak nombor mereka ni silalah ke laman webnya ya. sebab aku tak simpan..

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.