cerita pergi bertandang ke majlis perkahwinan Nawal & Valentino Chavez ni dah lama..7 October 2012. aku masa tu agak sibuk dengan persiapan perkahwinan sendiri, jadi lepas majlis...gambar2 semua simpan dalam memori kad.. sampai dah terlupa nama suami Nawal yang agak jarang dijumpai, aku siap google cari blog nawal. namun hampa..takde. last2 aku jumpa cerita nawal bagaimana she met her husband. dedicated to her future children. walaweh!
hampir keseluruhan perkara dalam perkahwinan Nawal ni dibuat sendiri oleh beliau! kagum ko. aku memang tak mampula. dan dek kerana banyak buat sendiri, maka perbelanjaan sangat menjimatkan. kira ko simpan duit tahun ni, tahun depan boleh kahwin dah..itupun kalau ko simpan RM500 sebulan. tapi kalau ko keras tangan janganla buat perkahwinan kraftangan ko yang tak berapa tu, nanti dari nak jimat jadi tidak pula...
ok sebab cerita dah lama...aku letak gambar sudah. janji ada ingatan dihujung2 hari tua bila tengok balik label wedding.
majlis ini diadakan di Masjid Kg. Tunku, KL.
Main dish tu best betul...creative + sempoi sangat.
BalasPadam