In

16 Safar 1437H - Kenduri Anak Buah Kawan

Hai cuti sekolah hujung tahun dah tiba..maka banyakla undangan majlis perkahwinan. Tinggal lagi sihat ke tidak je nak datang tu.

Kalau ikutkan jadual...

Minggu ni anak buah kawan di Taman Melawati.
Minggu depan anak buah sendiri di Bangi.
Minggu depan lagi cucu jiran keluarga kawan baik sepusat sepusing arwah bapak di Rembau.

Ok tu je buat masa ni. Haha tak banyak mana pun. Cuma sebab semua bilangan ahli keluarga masing2 ramai jadi kemeriahan terasa sangat.

Hari ni kat Wisma LJT. Dewan intan berlian semua ada 4 Wedding  hari ni. Jangan silap masuk. Nasibla masuk yang betul kan. Ingat nama pengantin.

Masuk2 je dah di offer ambil gambar dulu. Orang tak ramai masa kat situ. Maka kami pun just tunggu satu keluarga je. Kami dapat copy gambar..itu pasal laki sangat happy. Biasa dia tak peduli. Ohhh patutlah. Yang kita ni cepat je nak cari kawan tu. Dah ambil gambar tulis autograf siap tepek gambar kat buku. Haiii berapa cost ya tapi sangat menarik la. Yelah bukan kita ingatan pun siapa tamu yang datang kalau dah ramai2. Lagilah aku ni ha..kawan makcik pengantin lelaki je pun.





Sampai meja makan jumpa si Ann dan Faizal. Diorang pun dah nak gerak sebab lakinya kerja jam 3 petang. Bagi Aqlan makan nasi beriani dulu. Pastu Adzman pastu baru aku.



Dah habis semua barulah jumpa Reen nak bergambar. Sibuk betul dia. Anak kakak dia kawin dia yang kena uruskan. Ke hulur ke hilir tak menang tangan. Takpe nanti anak sendiri nak kawin senang cerita.

Balik rumah kita rehat2 jelah.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...