Khamis, 26 November 2015

Macam2 Plan Tah Mana Satu Yang Jalan Dan Siap Dulu

Kadang2 plan ni datang macam tu je. Bila tak tulis lupa. Macam idea. Tak dibincangkan mulalah keluar ayat apa ek kita cakap hari tu..tah dah tak ingat.

So untuk aku yang semakin ada penyakit lupa ni yang aku tak suka pun sebab nampak sangat otak tu tak menyerap dengan lebih baik...hurmm hurmmm.

  1. Tempah sarung sofa yang baru. Dah 2 bulan aku pindah dah 2 bulan juga tertangguh. Ok aku nak contact http://dthukang.com/home/ dan #Wanzasofa. Aku nak kaler biru royal dengan piping putih tu laki aku nak. Kusyen kaler maybe kuning atau kaler2 ocean. Ya langsir sliding door pun nak kena sesuaikan. Dinding kaler krim. Dark blue maybe cun kot. Berangan adalah percuma.
    Image from Google
  2. Susun meja menjahit. Mesin jahit dah ada. Mejanya tak ada. Mesin dalam kotak asal. Kaki mesin untuk menekan tu dalam kotak IT dan laci mesin dalam kotak jahitan. Baik belum keluar lagi. Meja nak beli meja Ikea harga RM99 tu. Laki cakap nak letak mana..pakailah meja desktop Jija. Meja desktop tak sama dengan meja jahit. Meja tu ada tingkat2. Laki kata boleh bukalah. Tapi aku berkeras nak meja Ikea tu sebab dia panjang senang aku nak potong2 kain atas tu.  Nak letak kat mana kata laki?  Haaa aku nak letak dalam bilik bawah ke kat ruang tv atas? 
  3. Susun atur dalam bilik2. Buat masa ni bilik bawah penuh dengan barang tak kemas. Ada 2 meja komputer tu sebab laki suruh guna satu jadi meja jahit. Tapiii meja kaca. Adik ipar punya. Dia sayang meja tu sejak belajar katanya. Before this kami plan nak jualkan. Dia kata RM500 ada sesiapa ke nak? Tapi tempered glass. Bilik atas yang kecil ada katil 2 tingkat tu bilik mama memang tak diusik. Bilik lagi satu besar sikit bilik Jija. Kami dok master bedroom memang dah settle kemas. Cuma nak pasang sikit rak untuk walking wardrobe kami. Nak tukar langsirnya yang juga penutup wardrobe tu. Bilik bawah mama cadang jadikan bilik tamu. So kalau tamu datang diorang takyah segan2 sangat. More privacy. Ada bilik air bawah takyah share dengan bilik air atas. Kami ada bilik air sendiri.


  4. Jap..bilik kami perlu tukar langsir juga. Aku bosan tengok langsir kaler hijau. Most of furniture kaler coklat. So aku nak balance kan warna. Ada beberapa idea aku tengok.
    Image from Google 
  5. Aku juga nak beli drawer yang cantik untuk baju berlipat. Aku dah jumpa kat Ikea tapi kaler putih tak sesuai dengan tema kami. Ada coklat tapi agak mahal sebab ya aku suka dia tertutup sendiri bila ditolak.
  6. Anak aku akan ada bilik sendiri bila dah 2 tahun. Yaaa berdoalah adik ipar kawin cepat. Kalau tak..dia dudukla bilik mama. Aku tak tahan dah dia sepahkan mainan. Berapa kali dah terpijak dan terus zaassss aku hangin 1 badan. Aku nak dia bebas dalam biliknya. Walaupun dia masih kecil tapi angan2 aku nak pisah tidur cam style orang barat. Tanak aku tidur dengan anak sampai budak tu sekolah. Kawan aku ada buat ya...tidak dan tidak.
  7. Rak buku di ruang antara tangga turun naik. Ok dah cantik letak rak. Tak sangka pulak aku banyak sangat buku. Termasuk buku2 zaman universiti. Zaman sekolah jangan tanya semua dah disedekahkan. Aku dan buku memang tak pisah. Buku laki dah banyak kena makan anai2. Hurm anai2..
  8. Stor kami ada bawah tangga. Buku laki punah dimakan anai2 kat situ. So nak simpan barang tak pakai kena dalam plastik container atau dalam kotak tapi kena sarung dengan plastik. Dah pack. Tinggal nak susun. Tapi banyak sangat nak kena fikir balik kalau tak bilik bawah jadi tenpat simpan.
  9. Rak buku Ikea nak beli lagi 2 kot untuk buku2 laki. Letak kat ruang tv atas. Sebab rak besi sekarang aku nak ambil letak makanan siap makan. Sibuk je atas meja penuh. Aku suka meja tu tempat makan je. Kerepek ke biskut ke sila letak tempat lain. Semak. 
  10. Ada banyak benda nak dikemas dan dibuang di porch. Aku nak laki belikan ampaian mudah alih stainless steel yang harga dalam RM300 tu. Laki approved aje. So takyah pakai tali2. Tapi dia juga dah beli tali2 sebab hari tu aku punya idea nak buat ampaian silang. Cuma aku tak berdaya. Yup dia nak baiki motor dan basikal adik dia. Senang nak pergi masjid. Aku nak buang dawai di pintu masuk grill. Dah berapa kali sagat dan tarik kain baju aku. Dah tak function. Kucing dah besar kot. Aku juga ada hati nak cat balik grill pagar dan pintu rumah.
  11. Rumah kami ni sewa je...nak buat lebih2 tak guna gak kata laki aku. So cepatlah baiki atap bumbung yang bocor tu. Asal hujan lebat je bocor. Eiiii
Sebenarnya kalau adik ipar aku kawin dan pindah keluar bersama barang2 dia lebih senang aku merencana rumah tu. Well aku kenalah bersabar banyak.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.